Selasa, 30 Jun 2009

Curry Laksa

Bahan-Bahan:


600 gm mi kuning - dicelur
100 gm tauge
100 gm sawi cina
5 biji tauhu pop
80 gm fish cake - dihiris
2 biji santan pekat
1 biji santan cair
200 gm udang
300 gm ayam - dihiris
80 gm rempah kari ayam
4 batang serai - diketuk
5 kuntum buah pelaga
500 ml air rebusan ayam
3 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak


Kisar
10 tangkai cili kering - direbus
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia


Cara-cara:


Tumis bajhan kisar hingga naik bau.
Masukkan rempah kari, serai dan buah pelaga dan tumis hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
Tambah santan cair dan air rebusan ayam.
Akhir sekali, masukkan santan pekat, bahan perasa, tauhu pop, fish cake, udang dan ayam. Biar seketika.
Hidangkan mi di dalam mangkuk bersama tauge dan sawi yang telah dicelur. Tuang kuah kari.
Hias dengan bawang goreng dan daun bawang.

Penang Char Keow Teow

Bahan-bahan:


1 senduk kecil minyak masak
1/2 ulas bawang putih - potong halus2
1 biji telur
4 ekor udang (Byk pon tak per)
1 sudu besar cili (Boh @ Giling)
1 genggam keowteow (Pilih paling halus)
1 genggam taugeh
1 senduk kicap char keowteow (kalo xde, guna kicap biasa pon blh)
Sedikit Kucai
daun sup/bawang


Cara-cara:


Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga garing.
Masukkan cili, kicap,udang kacau selama 10saat(sampai udang masak).
Masukkan kueteow, kucai kacau rata sikit dan terus tutup api.
Pecahkan telur dan kacau dan terus angkat (kena cepat kalau tak, takder kuah nanti... telur bagi 1/3 masak aje baru ada kuah)


Cadangan hidangan:


Tabur daun sup, bawang goreng.

Cantonese Yee Mee

Bahan-Bahan:


Yee mee (sediakan untuk 4 orang makan)
20 ekor udang sederhana besarnya
isi daging ayam yang telah dihiris
sedikit hirisan daging lembu - direbus)
sedikit lada sulah
2 biji putih telur
2 buku pati ayam Maggi
100 ml Air rebusan kulit udang
Garam & serbuk perasa
200 gm kobis cina - dipotong kecil
100 gm sawi hijau - dipotong kecil
2 sudu makan minyak bijan
3 sudu besar tepung jagung - dilarutkan dengan sedikit air
3 batang daun bawang
sedikit bawang goreng untuk hiasan


Bahan tumis
2 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
sedikit minyak zaitun


Cara-cara:


Masukkan bahan dan tumiskan sehingga naik bau.
Masukkan serbuk lada sulah dan air rebusan kulit udang.
Biarkan mendidih, masukkan udang, isi ayam dan hirisan daging.
Biarkan mendidih selama 10 minit.
Kemudian masukkan kubis cina dan sawi hijau. Masak selama 2 minit.
Masukkan larutan tepung jagung.
Akhir sekali masukkan minyak bijan untuk mewangikannya.
Taburkan bawang goreng dan daun bawang untuk menghiaskannya.
Bolehlah di masukkan kuah tadi ke dalam Yee Mee yang telah tersedia.


Cadangan Hidangan:


Boleh dihidangkan ketika masih panas kerana jika sejuk kuahnya akan membeku.


Tambahan:


Hendaklah sentiasa mengacau kuah ketika memasukkan larutan tepung jagung kerana jika tidak dikacaukan kuahnya akan berketul ketul.

Bihun Soto

Bahan-Bahan:


Untuk sup:
1 ekor tulang ayam
1 ekor ayam
2 kiub stok ayam
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak
2 lter air


Dikisar:
2 biji besar bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 sudu teh lada hitam
4 biji buah keras


Untuk Kicap:
Segenggam cili padi - basuh, jangan dibuang batang
10 biji bawang putih
15 biji limau kasturi
Gula secukup rasa
Kicap pekat


Lain-lain bahan:
Bihun - celur dahulu
Taugeh – celur sekejap
Kacang Tanah – digoreng atau direbus
Begedil
Daun Sup dan Daun Bawang
Bawang Goreng


Cara-cara:


Sup:
Panaskan minyak di dalam periuk.
Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Goreng hingga perang.
Masukkan air kedalam periuk dan biar mendidih.
Kemudian, masukkan kedua-dua ayam kedalam periuk.
Masukkan stok ayam dan garam. Tutup priuk and tunggu sehingga ayam empuk/masak.
Setelah masak, keluarkan ayam yang berdaging tadi dari sup. Toskan ayam tadi.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan sait-siatkan daging ayam tadi.


Kicap:
Goreng cili padi tanpa minyak hingga layur.
Bakar bawang putih sehingga keperangan.
Giling kedua-dua bahan sehingga hancur.
Perahkan asam limau.
Tuangkan kicap pekat dan gula.
Gaul bahan, tambah sedikit air kalau tidak mahu sos terlalu pekat.


Cadangan Hidangan:


Masukkan bihun yang telah dicelur, taugeh, kacang, tanah, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan ayam goreng yang telah disiat kedalam mangkuk.
Kemudian masukkan sup dan akhir sekali masukkan sedikit sos kicap tadi dan perahkan limau kasturi.
Makan semasa masih panas.


Tambahan:


Bihun boleh jugak di gantikan dengan nasi impit.

Sup Sayur Pak Choy

Bahan-Bahan:


1 ikat pak choy (sawi pendek)
600 ml air kosong
1 peket tauhu telor - dipotong bulat2
suhun (ikut selera)
2 ulas bawang putih untuk menumis
1 sudu besar minyak masak
½ kiub ikan bilis knorr
sedikit ikan bilis mentah direndam seketika
garam secukup rasa


Cara-cara:<


Panaskan minyak dlm periuk, tumis bawang putih hingga hampir kuning dan masukkan air.
Biar sampai mendidih sambil itu masukkan kiub ikan bilis & ikan bilis mentah.
Tauhu telor digoreng dgn separa minyak, tidak perlu terlalu garing.
Angkat dan toskan baki minyak.
Masukkan suhun ke dalam sup yang sedang mendidih.
Biar empuk kemudian masukkan pula tauhu telor, pak choy dan garam secukup rasa.


Cadangan Hidangan:


Sesuai untuk individu yang sedang diet.
Sama ada dimakan begitu sahaja atau dgn nasi putih.
Jika suka, titikkan sedikit minyak bijan.


Tambahan:


Selepas dimasukkan sayur pak choy, hanya perlu kacau perlahan2 dan terus tutup api.
Jangan tutup periuk kerana ini akan menyebabkan sayur cepat layu & kurang zat.
Boleh tambah ubi kentang jika suka dan perlu dimasak sblm dimasukkan suhun.

Sup Burung Puyuh Berempah

Bahan-Bahan:

4ekor burung puyuh - potong kecil dan bersihkan
3 biji ubi kentang
1 sudu kecil serbuk perencah sup
1 sudu kecil serbuk kas-kas
4 cm kulit kayu manis
1 perencah sup bunjut
1/2 sudu kecil lada sulah
3 cawan air
1 batang serai - dititik
minyak masak untuk menumis
1 tangkai daun bawang - dihiris halus
1 tangkai daun sup - dihiris halus
bawang goreng secukupnya
garam secukup rasa

Bahan tumbuk
3 cm halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-cara:

Panaskan minyak & tumiskan bahan tumbuk.
Bila berbau harum, masukkan rempah sup, serbuk kas-kas, serai kulit kayu manis & sup bunjut, kacau.
Masukkan daging burung puyuh. Kacau & biarkan beberapa minit sehingga daging puyuh garing sedikit.
Masukkan air, ubi kentang biarkan mendidih & empuk.
Masukkan serbuk lada sulah & garam.
Kacau & padamkan api.
Tabur daun sup,daun bawang & bawang goreng kemudian hidangkan.

Sup Haruan Herba

Bahan-Bahan:

Bahan A
5 biji bawang merah - dkisar
5 ulas bawang putih - dikisar (jgn hancur sgt!)

Bahan B
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil biji sawi
5 biji cili padi
3 cm halia
3 batang serai

Bahan lain
Ikan haruan - dbersihkn
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
daun sup
daun bawang
2 biji tomato - belah 4
garam secukup rasa
serbuk perasa
4 sudu besar minyak untuk menumis
air secukupnya


Cara-cara:

Panaskan minyak kemudian tumiskan bhn A hingga kuning.
Kemudian masukkan bhn B, gaul sebati.
Biar sebentar kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah sup dan biarkan hingga mendidih
Masukkan ikan, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biar hgga empuk. masukkan garam, bahan perasa dan tomato
Bila semua dah cukup rasa blhlah tutup apinya.

Cadangan Hidangan:

Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang(blh juga dimasukkan ke dalam sup sekaligus). kalau suka taburkan bawang goreng.

Sup Belut

Bahan-Bahan:

1/2 kg belut - dipotong dan dibersihkan
2 sudu minyak masak
2 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 biji bawang besar - dimayang
1/2 inci halia - dimayang
10 biji lada burung
sup bunjut
1 rumpun daun bawang
1 rumpun daun sadri
1 rumpun daun ketumbar
2 biji limau nipis

Cara-cara:

Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu minyak masak.
Goreng bawang merah hingga kekuningan, masukkan halia dan bawang putih.
Kemudian masukkan 2 mangkuk air dan sup bunjut.
Bila air mendidih masukkan belut dan cili padi.
Biarkan air mendidih sekali lagi.
Masukkan garam danserbuk perasa.
Sekiranya ingin pedas lagi taburkan 10 biji lada hitam.

Cadangan Hidangan:

Bila sudah diangkat, taburkan daun bawang, daun sadri, daun ketumbar dan perahan air limau nipis.
Belut sangat sesuai utk menyembuh luka dalaman.

Tambahan:

belut jagan dimasak terlalu lama, nanti isinya akan hancur.

Sate Chef







Bahan-Bahan:

Bahan sate
2 kilo dada ayam
1 kilo isi ayam dari seekor ayam tanpa dibuang lemak

Bahan untuk memerap(disatukan dan dikisar)
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
4 batang serai
5 inci halia
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu biji ketumbar

Bahan perasa
5 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan madu.
500 grm gula pasir

Bahan kuah kacang
1 kg kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga masak - ditumbuk kasar
8 ulas bawang merah.
5 ulas bawang putih
3 inchi halia
2 batang serai
1 sudu makan jintan manis dikisar halus
1 sudu makan jintan putih dikisar halus
1 sudu makan udang kering ditumbuk
1 cawan santan cair
1 cawan air asam jawa.
minyak menumis
garam dan gula

Bumbu cili (sambal cili)

2 genggam cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 cawan air
sedikit asam air asam jawa
minyak menumis

Cara-cara:

Sate:
Isi ayam dari bahagian dada dan seekor ayam dipotong kiub jangan dibuang lemaknya.
Satukan dengan bahan memerap dan masukkan bahan perasa.
Gaulkan bahan ini sebati dan simpan didalam peti sejuk semalaman.
Cucuk isi ayam yang telah diperap semalaman dgn lidi sate.
Siap sedia untuk dibakar dan dihidangkan

Kuah kacang:
Mesin bawang merah,bwg putih halia serai jintan manis ,putih dan udang kering . Goreng bahan ini dgn minyak yang banyak selama 10 minit.
Masukkan 1/3 bumbu cili dan kacang tanah masak hingga kacang sebati.
Tambahkan cili jika ingin pedas.
Masukkan santan dan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula.

Bumbu cili:
Goreng kesemua bahan ini dgn sedikit minyak hingga kekuningan dan tuangkan air kedalam kuali.
Renihkan sehingga cili kembali kembang dan kisar bahan ini halus.
Pijarkan minyak goreng bumbu cili sehingga pecah minyak. warna cili akan keperangan.masukkan air asam jawa. Setelah masak simpan bumbu cili semalaman .cili akan bertukar menjadi merah keesokan harinya

Cadangan Hidangan:

Hidangan untuk 150 cucuk sate.
Sajikan sate dengan kuah kacang, nasi impit, hirisan timun dan bawang merah.

Futomaki (Japanese Cuisine)

Bahan-Bahan:

20 gm Takuan Radish/pickle radish
20 gm timun telur goreng
20 gm jejari ketam
20 gm cendawan shitake
100 gm Sakura Denpun
350 gm pulut sushi
1/2 keping seaweed (rumpai laut)

Cara-cara:

Letakkan seaweed di atas alas buluh.
Ratakan pulut sushi di atas seaweed.
Tinggikan pulut di bahagian tepi.
Atur timun, pickled radish, jejari ketam dan cendawan.
Gulung ketat-ketat.
Mulakan gulungan dari alas buluh.
Kukus sampai masak.

Fish N Chip

Bahan-Bahan:

Bahan A (Utk ikan)
3 Kepingan ikan putih
5 sudu besar Kicap
1 sudu besar Sos tiram
2 biji air perahan limau kasturi
2 biji telur dipukul sebati
10 keping biskut lemak / cream cracker - dihancur2kan<

Bahan B (French Fries)
5 biji ubi kentang - di potong panjang2, celup bsama garam, telur, tepung ubi
ATAU
Frenc Fries yg dibeli dipasaraya

Bahan C (Coselaw)
1/2 biji kobis saiz sederhana
1 biji karot
Mayonaise

Cara-cara:

BAHAN A:
Perap kepingan ikan dgn kicap, sos tiram dan air perahan limau
Panaskan minyak, salutkan kepingan ikan dgn telur dan kemudian salutkan dengan biskut yg telah dihancuirkan tadi
Setelah kekuningan, boleh diangkat dan di hidang

BAHAN B:
Goreng sehingga empuk dan masak
Enak di hidang bersama kepingan ikan yg digoreng tadi

BAHAN C:
Parut Kobis dan karot mengikut cita rasa masing2 samada pjg2 ataupun spt KFC
Campurkan kesemua bahan2 dgn mayonaise secukupnya.
Sejukkan didlm peti sejuk.
Sebaiknya, sediakan sebelum menggoreng ikan dan kentang.

Cadangan Hidangan:

Kepingan ikan dihidang bersama kentang goreng dan coselaw (sejuk).
Enak dimkn panas2 bersama sos cili.

Tambahan:

Bole juga guna ikan lain.

Curry Dhal (Pakistani Cuisine)

Bahan-Bahan:

Bahan2 A
1 cawan kacang dhal kuning - direbus hingga kembang
4 biji ubi kentang dipotong dadu - di masukkan ke dalam dhal yang separuh kembang hingga empuk,
1 biji karot dipotong dadu
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil kunyit
1 sudu besar garam (ikut rasa)

bahan tumis hingga garing (gold brown)
7 ulas bawang puteh - dicincang halus
3 inci halia - dicincang halus,
1 ulas besar bawang besar - di potong dadu digoreng hingga sederhana dan dimasukkan kemudian
1 sudu besar jintan manis
2 kuntum bunga lawang
1 inic kulit kayu manis
dan diteruskan goreng hingga bawang kekuningan.

Cara-cara:

Bahan2 A direbus hingga empuk
Kemudian dimasukkan bahan yang ditumis tadi.
Masak lagi selama 5 minit untuk memesrakan semua bahan.
Angkat dan hidangkan.

Cadangan Hidangan:

sesuai dimakan bersama capati atau roti canai.

Cupavci Skokosom

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan A:
175 ml minyak jagung
100 gm gula halus
2 camca besar serbuk koko
150 ml susu cair
150 gm coklat masak

Bahan-bahan B:
2 biji telur
350 gm gula
125 ml susu pekat
1 camca teh serbuk penaik
200 gm tepung gandum
1 tin kelapa kering

Cara-cara:

Cara membuat untuk bahan A:
Satukan semua bahan di dalam bekas.
Masak diatas api sederhana hingga pekat. Angkat dan sejukkan.

Cara membuat untuk bahan B:
Pukul telur bersama gula hingga kembang.
Masukkan tepung gandum dan kelapa kering sedikit demi sedikit. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam loyang pembakar. Bakar 35 minit.
Apabila masak potong selebar 3 sm x 3 sm setiap satu.
Celup setiap potongan biskut ke dalam bahan A dan tabur kelapa kering diatasnya.
Masukkan biskut di dalam cawan kertas. Sejukkan baru dihidangkan.

Cumi Bumbu Bali (Indonesian Cuisine)

Bahan-Bahan:

500 gm cumi (sotong) yang sedang - Gaul dengan air limau nipis dan garam, perap 10 minit bolehlah dicuci dan toskan.
1 biji limau nipis - perah jusnya
1 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
4 tangkai cili merah - dihiris
6 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 cm kunyit hidup
1 cm lengkuas
1/2 sudu kecil belacan
1 biji tomato

Cara-cara:

Panaskan minyak, goreng cumi hingga setengah masak, angkat dan toskan minyaknya.
Panaskan tiga sudu minyak masak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan serai, daun limau purut dan sedikit air.
Bila mendidih masukkan cumi, balik-balikkan biarkan hingga kuahnya pekat bolehlah diangkat.

Carbonara

Bahan-bahan:

Bahan A
Sepeket Sosej - dipotong kecil
Isi ayam dipotong kecil
Sedikit butter - untuk menggoreng

Bahan Sos
1 tin musshroom sos Creamy
1 tin Whipped cream
1 tin Thick cream
2 helai Bayleaf
Sedikit serbuk Mixed herbs
Sedikit garam
Cendawan butang - ikut suka brapa banyak
Sepeket Spagethi/Fetuchini

Cara-cara:

Panaskan butter, masak ayam, sosej bersama mixed herb dan bayleaf, ayam dan masak.
Masukkan semua bahan-bahan sos. Didihkan hingga pekat.
Rebus spagethi/fetuchini dengan hingga masak. Tapi jangan terlalu lembik.

Cadangan Hidangan:

Makan bersama spagethi/fetuchini bila carbonara masih panas.. baru best.

Ayam Bakar Ala Zura

Bahan-Bahan:

4 ketul ayam dada atau paha - dibuang tulang, bersihkan, tos.
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu besar cilantro (daun ketumbar) - dicincang halus
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar kicap
2 sudu besar cuka putih (white vineygar)
1 sudu kecil sos worchestershire
½ biji limau nipis - diperah jusnya
¼ cawan sos buah plum
1 sudu kecil bahan perasa

Cara-cara:

Campurkan minyak, kicap, sos Worchestershire, juslimau, sos plum dan bawang putih dalam mangkuk kecil.
Kacau hingga rata dan ketepikan.
Dalam mangkuk yang berasingan, satukan bahan perasa, cilantro dan cuka putih.
Kacau hingga rata dan ketepikan.
Lumur hingga rata campuran sos dan bahan perasa pada daging ayam kemudian perap selama 2 jam dalam peti sejuk.(lagi lama lg bagus)
Aturkan daging ayam di atas dulang pembakar yang telah disapu minyak kemudian bakar hingga masak.

Tambahan:
Biasanya sy xguna pun cilantro 2, xsuka pada baunya.
Tapi jika anda suka, silakanlah letak.
Hidangan ini lebih enak rasanya jika dibakar menggunakan arang.

Mocha Ice Blended My Style

Bahan-Bahan:

2 cawan penuh ice (pastikan setiap cawan berisi padu antara 300ml - 350 ml)
50 gram extract choc powder with sugar added
Extract (air nescafe/kopi + susu skim)- pembahagiannya ialah setiap 2liter air kopi/nescafe dicampur 1 liter susu skim.
Kalau di ikut kan kopi yang sepatutnya digunakan adalah jenis colombian - tapi nescafe menggunakan jenis rabusta so masih boleh digunakan lagi. Dan make sure nescafe itu pekat dan bukan cair.

Cara-cara:

Mula2 isikan ice kedalam cawan sampai penuh, pastikan yang ice tersebut kecil kecil supaya senang di blend.
Kemudian isi sampai penuh.
Masukkan pula extract tadi kedalam cawan yang berisi ice sampai lebih kurang setengah inci dari mulut cawan.
Tuangkan kedalam blender kemudian masukan pula cokelat powder dan di blend.
Untuk memastikan ianya telah hancur adalah ice yang telah hancur itu akan naik keatas dan menolak ice yang di atas akan kebawah dan di blend seketika sebelum menutup suis nya.
Jangan terlalu lama kerana ice akan terlalu hancur dan cair (masa untuk blend antara 30-45 saat)

Cadangan Hidangan:

Tuangkan kedalam cawan dan picitkan sedikit cream di permukaan cawan
Or nipiskan cream, guna lidi/pencungkil gigi yg bersih, bentukkan seperti yg terdapat di kopitiam. (utk hidangan panas shj)

Style (Other Alternative):

Boleh juga ditambah kan 9 biji kopi dan ianya menjadi - Ultimate Ice Blended

Ditambah 9 biji kopi dan 7 biji ceri menjadi - Black forest Ice Blended

Ditambah caramel tetapi cokelat powder ditukar ke vanilla powder menjadi - Ceramel Ice Blenden

Ditambah cinnamon (kayu manis) powder tetapi cokelat powder ditukar ke vanilla powder menjadi - Cinnamon Ice Blended

Jika di tambah vanilla sahaja dan cokelat powder di keluarkan akan mejadi - Vanilla Ice Blended

Mango Lassi

Bahan-Bahan:

Mangga
Gula Pasir
Plain Yoghurt
Air
Esen Vanilla
Kiub Ais

Cara-cara:

Masak air dan setelah mendidih masukkan gula pasir
Masukkan yoghurt, mangga dan esen vanilla di dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
Masukkan air gula dan kisar lagi.
Sebelum dihidangkan, letakkan kiub ais di dalam gelas dan tuangkan campuran yang dikisar.

Cadangan Hidangan:

Jika ingin menggunakan jus mangga, kurangkan kuantiti air gula.
Sesuaikan mengikut citarasa.
Sekiranya suka, boleh dihidangkan bersama hirisan mangga atau bersama jelly berperisa mangga.

Air Soya Mak Saya



Bahan-Bahan:

500 gm kacang soya - Basuh kacang soya dan toskan
Sedikit garam
Gula secukup rasa
Beberapa helai daun pandan

Cara-cara:

Rendamkan kacang soya dalam air selama 24 jam.
Kisar kacang soya bersama air suling dalam mesin pengisar (ukurannya ialah secawan kacang soya bersamaan dua cawan air)
Tapis kacang soya yang telah dikisar dengan kain kasa sebelum dimasukkan kedalam periuk (ini untuk mengelakkan air soya berhampas, berkeladak)
Proses mengisar boleh diulangi mengikut kepekatan air soya yang diingini.
Seterusnya masak air soya itu dengan api yang kecil (air soya hendaklah sentiasa dikacau)
Masukkan beberapa helai daun pandan
Masukkan secubit garam
Masukkan gula secukup rasa
Sekarang anda boleh menikmatilah air soya anda...selamat mencuba

Neslo Ala Zura

Bahan-Bahan:

4 sudu besar milo
2 sudu kecil nescafe
4 sudu besar susu pekat
1 cwn susu segar fc/lf
Air panas/suam

Cara-cara:

Siapkan gelas tinggi.
Bancuh segelas nescafe dengan separuh manis.
Bancuh milo didalam gelas yang lain jugak dengan separuh manis....
Tarik separuh nescafe ke dalam gelas baru,
dan tuang perlahan2 milo ke dalam gelas yang sama...
ditengah nya buih....
Akhir sekali tuang susu segar.

Hati2 bila menuang biar airnya tak bercampur.
Siap...

Cadangan Hidangan:

Hidangan untuk 2org..
Hidangkan bersama ais...

Puding Roti Coklat Pisang

Bahan-Bahan:

7 keping roti
4 1/2 cawan susu
gula (mengikut citarasa)
sedikit cooking chocolate - diparut, boleh diganti dengan choc chip
1 biji pisang - dihiris setebal 5mm, boleh ditambah bilangannya mengikut citarasa
1 biji telur
secubit serbuk kayu manis

Cara-cara:

Hancurkan roti bersama susu
Masukkan gula dan telur. pukul hingga sebati (agak2 dah rata)
Masukkan sedikit serbuk kayu manis
Masukkan hirisan pisang dan baking choc (kacau perlahan2 agar pisang tidak hancur)
Griskan bekas utk membakar
Masukkan campuran tadi, jangan terlalu penuh.
Taburkan sedikit lagi hirisan baking choc ke atas campuran tadi
Bakar dalam oven dengan suhu sederhana selama 45 minit atau sehingga masak (utk check, cucuk pisau di tgh puding roti.jika masih basah, biarkan lebih lama)

Agak2 dah masak, bolehla dihidangkan.

Puding Kurma Sos Mentega

Bahan-Bahan:

Bahan Puding Kurma:

20 biji kurma - dibuang biji
1 cawan air suam
100 g gula perang
50 g mentega
2 biji telur
200 g tepung gandum
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Bahan Sos Mentega:

1 sudu besar mentega
1 kotak whipped cream
100 g gula merah
1 sudu esen vanila

Cara-cara:

Puding Kurma:
Kisar kurma bersama air sehingga menjadi pes - asingkan
Pukul mentega dan gula menjadi lembut
Masukkan telur dan pukul lagi
Masukkan pes kurma tadi dan gaul
Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit dan soda bikarbonat serta esen vanila
Masukkan dalam acuan kek dan bakar cara bain marie atau double boil (kukus)
Bakar selama 30-40 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Sos Mentega:
Masukkan semua bahan sos dalam periuk
Masak atas api sehingga berbuih dan matikan api

Cadangan Hidangan:

Puding sedap dimakan suam bersama sos mentega tadi.

Puding Caramel



Bahan-Bahan:

Bahan A:
10 biji telur
1 tin susu ideal
1 tin air
8 sudu besar gula
sedikit esen vanila

Bahan B:
10 sudu gula untuk dibuat caramel

Cara-cara:

Campurkan semua bahan A dan pukul.
bahan B digoreng dalam kuali dan masukan sedikit air hingga keperangan.
masukan bahan B kedalam acuan dan diikuti bahan A.
kukus sehingga 30 min.

Cadangan Hidangan:

Sedap dimakan bila sejuk.
boleh juga dimakan dengan buah-buahan dalam tin.

Tropical Punch

Bahan-Bahan:

1/2 cawan perahan mangga
1/2 cawan peraha jambu batu
1/2 cawan perahan belimbing
1/2 cawan perahan nanas
1/2 cawan perahan tembikai
1/2 cawan sirap gula batu
1 cawan isi tembikai
1 cawan nanas - dipotong dadu
1 biji mangga - dipotong dadu
1 biji belimbing - dipotong dadu

Cara-cara:

Campur semua bahan ke dalam mangkuk panc & kacau sebati.
Simpan didalam peti sejuk & biarkan sejuk.
Jika hendak lebih sejuk, masukkan ketulan ais.

Banana Egg Roll

Bahan-Bahan:

2 biji pisang berangan
2 keping kulit popiah
2 gm serbuk kulit manis
8 gm gula
1 biji kuning telur
20 gm gula merah
55 gm aiskerim
Minyak masak secukupnya - untuk menggoreng

Cara-cara:

Campurkan serbuk kayu manis dan gula.
Taburkan campuran serbuk kayu manis dan gula ke atas pisang.
Bentangkan kulit popiah dan letakkan pisang, kemudian gulung.
Letakkan kulit popiah dengan menggunakan kuning telur.
Panaskan minyak dan goreng pisang yang telah digulung.
Hidangkan bersama-sama aiskrim.

Aiskrim Goreng

Bahan-Bahan:

1 bungkus roti
Serbuk Roti agak2 je
1 bekas Ais krim - tak kira apa rasa
4 biji telor - dipukul)
Air kosong - sikit je
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara:

Mula2 basahkan roti cikit,masukkan ais krim ke dlm roti yang dibasahkan tadi.
Tutup roti sehingga menjadi bulat, tutup dengan menggunakan air
Selepas tu...golek dengan telor yang sudah di pukul
Dan salut dengan serbuk roti (golekkanlah dengan serbuk roti)
Bila minyak panas, gorenglah dengan agak2 garing (api jangan besar sangat)

Cadangan Hidangan:

Nikmatilah dengan teh o panas....sodap...pasti sodap....
Makan ketika ais krim goreng masih panas.

Ayam Goreng Inche Cabin Chef Wandy

Bahan-Bahan:

Ayam - dipotong kecil
Tepung ubi
Tepung gandum
Tepung Penaik
Telur
Marjerin
Daun kari
Rempah kari ayam
Lada sulah/lada hitam
Sos tiram
Minyak bijan

Cara-cara:

Perap bersama bahan2 diatas selama 1hari.
Lagi lama, lagi bagus.
Panaskan minyak dan goreng.

p/s: Senang dan mudah. Kuantiti bahan2 ikut suka la berapa pun..

Pengat Pisang

Bahan-Bahan:

300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm pisang hiris
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan

Cara-cara:

Campurkan santan cair, gula melaka, sagu, daun pandan di dalam periuk & masak hingga mendidih.
Biarkan 15 minit di atas api kecil.
Masukkan pisang ke dalam campuran itu & masukkan santan pekat.
Biarkan 5 minit sebelum diangkat.
Buang daun pandan, kemudian hidangkan.

Bubur Pulut Hitam

Bahan-Bahan:

500 gm pulut hitam
250 gm gula merah atau putih
1 liter santan kelapa
2 helai daun pandan
Sedikit garam untuk perasa.

Cara-cara:

Rebus pulut hitam sampai lembut.
Masukkan santan bersama daun pandan, kemudian masukkan gula merah atau putih dan sedikit garam.
Masak hingga mendidih dan bolehlah dihidangkan.

Bubur Lambuk Utara Style

Bahan-Bahan:

1 1/2 tin beras
2 batang serai
1 inci halia - di potong
3 ulas bwg putih
ayam/daging - di potong dadu
20-30 ekor udang - dibuang kulit
20 biji lada hitam
garam secukup rasa
1/2 biji kelapa - utk santan
2 biji kentang - di potong dadu
sedikit serbuk perasa

Cara-cara:

Didihkan beras dalam periuk dgn air yg banyak, masukkan serai, halia, bawang putih, Biarkan seketika.
Kemudian masukan ayam/daging, kentang, udang, dan lada hitam, kacau hingga sebati. Masukan santan, sedikit garam ,serbuk perasa dan masak dalam 10 minit.
Sedia untuk di hidangkan.

Cadangan Hidangan 3-4 orang:

sedap disajikan bersama ikan bilis goreng, bawang goreng dan daun bawang.

Bubur Lambuk Terengganu Style

Bahan-Bahan:

Bahan A:
1/2 tin susu beras - basuh, toskan
5 ulas bwg merah
5 ulas bwh putih
Lada hitam
2 hiris halia
Air

Bahan B:

Budu
Santan
Pucuk Paku, paku-pakis, daun kemangin, pucuk kadok dll
ikan selayang/sardin - panggang & hancurkn isi
garam/gula

Cara-cara:

Bwg merah, bwg putih, halia & lada hitam ditumbuk lumat.
Masukkan air ke dlm periuk dlm masukkan bahan tumbuk tadi.
Biar sedikit menggelegak baru masukkan beras.
Biar beras kembang seperti membuat bubur.
kemudian masukkan ikan, sedikit santan, budu, garam & gula. Biarkan sebati.
Apabila dah elok & biarkn sedikit berkuah, masukkn pucuk2 tadi.
Masak seketika, rasa & tutup api dapur.
Hidangkan semasa panas

Cadangan Hidangan utk 6 org

Bubur lambuk atau bubur beras herba Terengganu adalah berbeza cara memasak menggunakan beberapa jenis herba, ubi jalar, keropok ikan, udang dll.



Juga menggunakan sayur2 seperti daun kesum, pucuk manis, pucuk paku, dll yang ditemui tumbuh di hutan paya gambut adalah sebahagian dari bahan lambuk bubur.

Budu juga utk perasa, tak perlu terlalu byk.
Hidangan wajib masa berbuka puasa.


Bubur Lambuk Johor Style

Bahan-Bahan:

2 Cawan beras - basuh, toskan
2 cawan santan pekat
5 ekor ikan selayang atau selar - direbus dan diambil isinya
satu sudu kecil lada hitam - ditumbuk bersama isi ikan
100 gram udang
100 gram sotong - dipotong
5 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
sebatang serai - dititik
2 keping asam gelugor
bayam
kangkung
pucuk paku
garam secukup rasa
perasa secukup rasa

Cara-cara:

Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus.
Setelah naik bau, masukkan air dan beras.
Setelah bubur hampir masak, masukkan isi ikan yang telah ditumbuk bersama lada hitam, biarkan seketika.
Masukkan serai, asam keping, udang, sotong, garam dan bahan perasa secukupnya. biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan bayam, kangkung, dan pucuk paku selama 2 minit.
Kemudian tutup api.

Bubur Kacang Hijau

Bahan-Bahan:

kacang hijau - rendam 2 jam
3 sudu besar sagu - rendam
1 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah
1 cawan susu pekat
Santan pekat
3 helai daun pandan - carik dan simpul

Cara-cara:

Kacang hijau dan biji sagu direbus sampai kembang
Masukkan santan, kacang dan bahan rendaman tadi dlm periuk didihkan
Masukkan gula, susu pekat, daun pandan dan masak hingga pekat.

Cadangan Hidangan:

Sesuai dihidang bersama roti untuk minum petang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...