Jumaat, 12 November 2010

Bahulu Cermai

Bahan-bahan:


10 biji telur gred A
380gm gula pasir
1 sudu teh esen ros
200gm tepung gandum + 1/4 sudu teh baking powder - ayak
Buah-buahan kering/kismis


Cara-cara:


Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.

Kacau adunan dengan spatula, masukkan esen rose
Masukkan tepung gandum, buah kering pukul lagi sehingga sebati.
Sapu acuan dengan minyak masak.
Masak pada suhu 220C sehingga kekuningan dan masak.
Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.


Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejap je dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.


Cadangan Hidangan:  Dalam 80 biji
Untuk perasa pandan masukkan 1/2 sudu teh esen pandan
Untuk perasa strawberi masukkan 1/2 sudu teh esen stawberi(perah dr buahnya) + cincangan strawberi utk melazatkan rasa.
Untuk perasa mocha masukkan 1/2 sudu teh esen mocha(kopi/coklat/susu fc/lf) + cincangan coklat bar utk kemewahan rasa mocha.

Apam Gula Hangus

Bahan-bahan:


1 cawan gula + 1 cawan air - jadikan gula hangus
1 cawan majerin @ mentega - cairkan
1 1/2 cawan gula + 3 biji telur - blend hingga gula hancur, telur berbuih
3 cawan tepung gandum
2/3 cawan susu cair @ bancuhan susu tepung
1 sudu besar soda bicarbonat.


Cara-cara:

Masukkan gula hangus bercampur majerin tadi n blend 3 saat je.
Masukkan soda bicarbonat n blend 5 saat.
Tuang adunan yg diblend kedalam mangkuk, campurkan tepung, gaul rata.
Masukkn susu, kacau sebati dengan pengacau telur manual.
Panas kan air dalam pengukus, sementara tu sapu majerin dalam acuan.
Masukkan adunan hingga 1/2 acuan je (ia akan mengembang) bila air kukusan mendidih kukuslah apam selama 15 minit.


Cadangan Hidangan: 10 Orang.
Sedap dimakan bersama kelapa parut bercampur garam/gula.

Mee Kuning



Bahan-bahan:


500gm tepung gandum
1 biji telur
220ml air
Sedikit kunyit serbuk


Cara-cara:


Masukkan tepung gandum kedalam pasta mixer.
Masukkan adunan cecair (1 biji telur + serbuk kunyit + air). 
'On'  kan pasta maker untuk mod menguli (mix)
Perlahan-lahan masukkan air bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit sampai habis.
Bila nampak adunan seperti serbuk roti..(adunan jangan biar lama digaul sebab kita tak nak jadi macam ketulan adunan doh).
Proses gaulan ini cuma ambil masa lebih kurang 5-7 min sahaja.
Hentikan pasta maker ini sekejap.
Tukar ke mod untuk keluarkan adunan melalui acuan mee.
Tunggu hingga selesai...atau kalau nak buat kerja lain pun boleh ditinggalkan.
Rebus mee kuning dalam air mendidih selama 2-3 minit (jangan rebus lama nanti mee akan kembang)
Tapiskan mee kuning dan cuci dengan air paip.
Gaul mee dengan sedikit minyak untuk mengelakkan mee melekat.


p/s: Siap! dalam masa lebih kurang 15min sahaja.
Mee ni tidak bergaram. Jadi pandai-pandai lah adjust garam masa memasak nanti.
Lepas ni boleh buat pelbagai hidangan mee yang sihat dan sungguh enak kerana tiada sebarang asid borik/air abu/air kapur yang dimasukkan.
Ianya boleh tahan hingga 3-4 hari dan perlu disimpan di dalam peti sejuk.


Note : 500gm tepung gandum boleh menghasilkan 1kg mee.
Dengan bantuan mesin pasta, proses membuat mee hanya ambil masa lebih kurang 15min.
Ianya juga boleh diguna untuk membuat laksa, maruku etc.


Tips 1: Untuk hasilkan mee "hijau" dan lebih berkhasiat, gantikan air dengan air perahan(blender) daun bayam dan abaikan pewarna kuning
Tips 2 : Untuk hasilkan mee "merah" dan lebih berkhasiat, gantikan air dengan perahan carrot dan abaikan pewarna kuning.

Kuih Peneram (Telinga Keling)



Bahan-bahan ( 100 biji atau lebih )


250 g tepung beras Cap Bunga
250 g tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 1/2 cawan gula apong (gula melaka)
Santan 100 gram ( pati )
Minyak yang banyak utk menggoreng
Sedikit garam


Cara-cara:


Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama.
Masukkan gula pasir dan gaulkan.
Larutkan gula apong, garam dan santan dengan air.
Masukkan ke dalam adunan tepung, adunkan.
Biarkan 30 minit/hingga membuak.
Panaskan minyak dengan api yang kecil.
Canai adunan tepung dan terapkan bentuk kuih peneram/buat dengan tangan.
Goreng hingga timbul dan sentiasa balik-balikkan utk masak sekata.


p/s: kalau masa nak menerap tu adunan melekat, taburkan sedikit tepung gandum pada tempat mencanai, acuan dan tangan.

Kuah Kacang Dal

Bahan-bahan:


100g kacang dal - Basuh dan bersihkan kacang dal beberapa kali800 ml (3 1/2 cawan) air. 
1/4 sudu makan kunyit 
1 biji bawang besar  - dipotong kiub 
1 biji carrot 
1 biji terung hijau bulat - dipotong kiub 
1 biji tomato medium - dipotong baji 
2 cili besar hijau - dipotong setiap 2cm 
100 ml santan atau susu lembu 
1 sudu kecil garam
sedikit perahan asam jawa
125 ml (1/2 cawan ) air
3 sudu besar minyak masak
½ sudu kecil biji sawi (Mustard seeds)
½ sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari
2 bj. lada kering  - dipotong setiap 2cm
3 bj bawang merah - dikupas dan dipotong halus
3 bj bawang putih - dikupas dan dipotong halus.



Cara-cara:


Masukkan dal ke dalam periuk bersama air dan kunyit.
Masaklah sehingga mendidih dan kemudian kecilkan api.
Biarkan di dalam api yang kecil selama 20 minit lagi.

Masukkan bawang, carrot, terung dan tomato.
Masak lagi selama 20 minit, atau sehingga sayuran di dalamnya agak lembut.
Masukkan santan atau susu lembu dan masukkan garam.

Tambah air asam jawa(agak-agak).
Masak sehingga mendidih lagi sekali, kemudian perlahankan api apabila ramuan nampak agak mesra dan perlahankan api.Rasakan garamnya. Tambahkan cili hijau dan padamkan api selepas 5 minit dan asingkan 
Panaskan sedikit minyak di kuali yang berasingan, goreng biji sawi dan jintan putih (dalam 30 saat).
Masukkan daun kari, lada kering, bawang merah dan bawang putih.
Masak sehingga berbau wangi dan bawang bertukar warna keperangan.
Kemudian masukkan semua gorengan ini ke dalam kuah kacang dal di periuk yang lagi satu.

Panaskan api semula, kacau mesra, biarkan selama lebih kurang 5-10 minit - tutup atas periuk dan padamkan api. 


p/s: Di dalam kuah kacang dhal tersebut boleh diletakkan sesudu dua sambal tumis untuk memberikan rasa lazat yang tidak terhingga apabila dicicah bersama capati/roti canai.

Capati(Indian Cuisine)

Bahan-bahan:


2 cawan tepung capati
4 sudu besar mentega
1 sudu minyak sapi
5 cawan air sejuk
½ sudu teh garam



Cara-cara:


Gaulkan tepung bersama mentega dan garam.
Tuangkan air uli hingga lembut.
Kemudian ditutup biarkan selama 30 minit.
Bahagikan adunan itu kepada lapan bahagian.
Canai tiap-tiap satu sampai nipis.
Letakkan atas kuali.
Bila keluar gelembung kecil balikkan masak sampai berwarna kuning pucat. Hidang panas-panas dengan kuah dal/kari/sambal tumis.

Putu Kacang

Bahan-bahan ( 1 balang kuih )



1 kg kacang hijau
1/2 kg gula mesin halus
acuan putu plastik atau kayu


Cara-cara:


Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak hingga kekuningan.
Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung besi (kalo tak de lesung guna kacang hijau yang dah dibuang kulitnya.
Setelah dibuang kulit, basuh dan toskan 2-3 jam hingga kering sedikit.
Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu.
Ayak hingga menjadi tepung.
Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi pengisaran kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati.
Ambil segenggam adunan, genggam kuat-kuat dan masukkan ke dalam acuan yang sudah ditaburi sedikit gula halus.
Tekan adunan padat-padat dalam acuan. (Jika suka boleh ketuk pada adunan hingga padat.)
Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit untuk mengeringkannya sambil ditutup dengan selendang jarang untuk menghalang habuk.


p/s: Buang kulit dulu baru basuh, tapi kena lembap sikit2 baru senang tekan dlm acuan, keluar pun elok je....
if terlupa nak buang kulit, tampi asingkan kulit, dan renjis air guna spray supaya lembap tapi jgn sampai basah, agak2 boleh dikepal dan tekan dlm acuan...

Serunding Daging

Bahan-bahan:


2 kg daging btg pinang @ Topside - Direbus empuk, carik2 halus
400 gram cili kering
2 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
4 cm lengkuas
2.5 cm halia
4 - 5 btg serai
150 gram ketumbar
150 gram jintan Manis - goreng tanpa minyak
250 gram gula perang
1 biji kelapa - perah jd santan pekat
Jus Asam Jawa
50 gram Kerisik (tak letak pun takpe)


Cara-cara


Bahan2 nih blend sekali dgn bwg besar, bwg putih, ketumbar dan jintan
Kemudian tumis bhn2 yg dah blend tadi.
Masukkan gula merah dan kerisik.
Masukkan jus asam jawa (agak2 rasanya)
Masukkan santan pekat
Tumis semuanya sampai pecah minyak dan garing
Tutup api tumisan dan masukkan daging.
Kacau sampai rata, baru bukak api balik ...tp gunakan api yg kecil ..kat sini kesabaran memainkan peranan yg penting...kalau melekat2 "JGN TAMBAH MINYAK!!!"...masukkan sedikit air je...
Dan kacau lah sampai betul kering dan garing ...kacau jgn berketul2 pastikan kita gunakan api yg betul2 kecil ...jgn gatal2 tangan nak besarkan api....


p/s: bila nak siat 2kg daging ni perlukan 2-3 Org Pembantu & Kesabaran Yg Tinggi (percaya la nak siat daging 2 kilo sorang2 ni bukan kerja yg "menyeronokkan" ...
Serunding ni boleh tahan sehingga 8 bulan jika ditutup dan diletakkan di tempat yg kering.
Tahan setahun jika diletak dalam peti ais...
Sepanjang pembuatan serunding ni kena ingat ..jgn sampai dihinggap lalat.. pantang betul.
Dlm bidang masakan serunding ni kesabaran selalunya memberikan hasil yg membanggakan kalau kita sanggup sabar dan belajar tanpa henti ...
Kalau resipi ni nampak hitam bukan sebab hangus ..tp sebab gula merah yg diguna menyebabkan warnanya jd gelap...

Telur Sambal

Bahan-bahan:

4-5 biji telur - rebus dan digoreng garing
3 biji kentang - dihiris tebal dan digoreng dahulu
10 biji cili merah - dikisar
10 biji cili kering - direbus dan dikisar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 keping asam keping - utk rasa masam (jika suka)
Garam/gula

Cara-cara:

Tumis cili merah dan cili kering bersama gula hingga sedikit garing dan pecah minyak.
Masukkan bawang besar. tunggu sampai sedikit layu.
Masukkan asam keping, garam dan perasa
Masukkan telur dan kentang.
Angkat.

Cadangan hidangan 4-5 orang makan

Biasanya pada setiap masakan sambal sy tumis cili kering dan gula dulu  biar pecah minyak dan berkilat sb jika di kelantan, rasa sambal yg manis membuatkan masakan itu sedap.(terpulang pada anda)

Udang Sambal

Bahan-bahan:

500 g udang hidup - bersihkan
1 batang serai - dititik
minyak masak - untuk menumis
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
garam dan gula secukup rasa

Kisar:


1 mangkuk cili kering
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit kunyit hidup


Cara-cara:

Panaskan sedikit minyak masak, dan tumis bahan2 yang dikisar dan serai hingga garing dan masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa.
Tambah sedikit air jika perlu.
Masukkan udang dan hirisan bawang besar dan kacau rata hingga udang masak.

ps: Jika suka, dalam sambal udang boleh juga di tambah petai.

Muffin Chocochip


Bahan-bahan ( 10 biji )


200g coklat bar (coklat masakan)

70g mentega

2 biji telur (suhu bilik)

50g gula halus

60g tepung gandum

1 sudu teh baking powder

Coklat chips

Cara-cara:


Cairkan coklat (double boiler)

Masukkan mentega.

Kacau sehingga mentega cair. 

Sementara itu, panaskan oven sehingga suhu 170C.

Masukkan telur dan gula dalam mangkuk, kacau sampai sebati.

Tak perlu penaik(kembang).

Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.

Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.

Isikan adunan ke dalam cup sehingga 1/2 penuh.

Bakar selama 20-25 minit.


ps: Selepas masak, mungkin muffin ni lembik sikit(sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri.

Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


*Setengah org buat muffin tak naik.... salah satu sebabnya suhu oven tak stabil...maksudnya.. 
*oven belum panas sebetulnya. panaskan oven dalam 15 minit
* pastikan anda tak buka oven kerap kali ketika muffin ada dalam oven.
biarkan saja ..muffin tu
*tiba masa baru lah buka oven dan jgn tergesa2 nak buka oven tu biar kan seketika lepas bunyi
*kalau nak tau, muffin nie yang paling jimat nak buat dan tak leceh. *penggunaan butter atau majerin tidak ada kaitan kenapa muffin bantut
*lagi satu, nak mudahkan anda kalau tak nak guna baking powder ...silalah gunakan tepung naik sendiri jenama blue key tu. tak yah risau2 lagi muffin tu pahit ..ok..

    Banana Yoghurt Muffin


    Bahan-bahan:

    120 gm tepung
    3/4 gula castor 
    1 cawan butter (yg sudah dicairkan) 
    4 biji pisang (yg sudah masak) 
    1 biji telur besar
    1 sudu teh baking powder
    1 sudu teh bicarbonat soda
    1/2 sudu teh garam 
    1/2 sudu teh serbuk kayu manis
    50 gm plain yoghurt
    120 gm tepung
    30 ml fresh cream
    50 gm walnut - bakar

    Cara-cara:

    Naikkan suhu oven ke 180C
    Lenyekkan pisang.
    Pukul gula, serbuk kayu manis dan mentega sehingga kembang
    Masukkan telur, pukul lagi
    Masukkan yogurt, fresh cream dan walnut
    Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam adunan
    Kacau tepung sehingga sebati
    Masukkan ke dalam cup
    Bakar selama 25minit@hingga masak.

    p/s: Boleh guna whiping cream brand Arla, Emborg atau Anchor.
    Bagi yg xberniaga, beli yg kotak kecil saja sebab ianya tak tahan lama.

    Topping, letak crumble brown sugar + tepung + butter+ walnut(ikut suka anda)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...