Selasa, 30 Jun 2009

Cantonese Yee Mee

Bahan-Bahan:


Yee mee (sediakan untuk 4 orang makan)
20 ekor udang sederhana besarnya
isi daging ayam yang telah dihiris
sedikit hirisan daging lembu - direbus)
sedikit lada sulah
2 biji putih telur
2 buku pati ayam Maggi
100 ml Air rebusan kulit udang
Garam & serbuk perasa
200 gm kobis cina - dipotong kecil
100 gm sawi hijau - dipotong kecil
2 sudu makan minyak bijan
3 sudu besar tepung jagung - dilarutkan dengan sedikit air
3 batang daun bawang
sedikit bawang goreng untuk hiasan


Bahan tumis
2 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
sedikit minyak zaitun


Cara-cara:


Masukkan bahan dan tumiskan sehingga naik bau.
Masukkan serbuk lada sulah dan air rebusan kulit udang.
Biarkan mendidih, masukkan udang, isi ayam dan hirisan daging.
Biarkan mendidih selama 10 minit.
Kemudian masukkan kubis cina dan sawi hijau. Masak selama 2 minit.
Masukkan larutan tepung jagung.
Akhir sekali masukkan minyak bijan untuk mewangikannya.
Taburkan bawang goreng dan daun bawang untuk menghiaskannya.
Bolehlah di masukkan kuah tadi ke dalam Yee Mee yang telah tersedia.


Cadangan Hidangan:


Boleh dihidangkan ketika masih panas kerana jika sejuk kuahnya akan membeku.


Tambahan:


Hendaklah sentiasa mengacau kuah ketika memasukkan larutan tepung jagung kerana jika tidak dikacaukan kuahnya akan berketul ketul.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...