Bahan-bahan:
300gm beras nasi dagang
200gm beras Siam gred A + 100gm beras pulut
1 biji kelapa - parut untuk 3/4 cawan santan pekat
3/4 cawan santan cair
1/4 sudu teh biji halba
2 ulas bawang putih - hiris halus
3 biji bawang merah - hiris halus
2 cm halia muda - hiris halus
1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
Cuci beras dan rendam selama 5-6 jam.
Toskan, kemudian kukus nasi selama 25 minit atau hingga setengah masak.
Masukkan santan cair dan terus kukus selama 15 minit hingga nasi hampir masak.
Campurkan santan pekat, bawang merah, bawang putih, halia, halba dan garam.
Adun dan masak 10-15 minit atau hingga beras dimasak dengan betul.
Sajikan nasi dengan gulai ikan tongkol.
p/s: Nasi dagang adalah masakan terengganu dari beras berwarna coklat kemerahan.
Cara memasak nasi dagang ialah beras ditambah santan, dimakan dengan lauk tersendiri khusus yang terbuat dari kari ikan tongkol dan acar sayuran ringan.
Dagang Nasi adalah jenis khusus dari beras berwarna coklat kemerahan.
Jika tidak tersedia, gantikan dengan beras Siam dan campuran beras pada resepi.
Note:
Masakan nasi dagang yg harus dicuba..
Kuala Terengganu:
~Restoran Mak Ngah Nasi Dagang, Cendering Terengganu
Dari bandar Terengganu, dari arah Selatan ke Marang atau Kuantan.
Kira-kira 8km, selepas Jambatan Ibai, anda akan melihat banyak kereta parking di pinggir jalan, terutama pada hari Jumaat. Ada 2 warung terkenal di sisi kiri.
~Pengadang Weekend Pasar Baru (Selasa)
~Panji Alam Weekend Market (Khamis)
~Batu Burok Hawker Centre (Jumaat)
~Pasar Payang Pasar Tengah
~Tiga Cabang Pasar
Marang:
~Kg. Kelulut Weekend Market (Sabtu)
Dungun:
~Kuala Dungun Weekend Market (Khamis)
Kemaman:
~Kerteh (Selasa)
~Kemasik (Minggu, Rabu)
~Chukai (Selasa)
Ahad, 14 November 2010
Gulai Ikan Tongkol
Bahan-bahan:
1 1/2 kg ikan tongkol - disiang dan dibersihkan dgn asam jawa dan garam
2 biji kelapa - ambil santannya
3 sudu besar gula merah
10 tangkai lada besar (hijau+merah)
segenggam cili api
15 biji belimbing buluh (jika tiada boleh ganti dgn tomato 5 biji)
Minyak masak secukupnya
Bahan A - Rendam dan kisar
3 sudu besar Ketumbar
3 sudu besar Jintan Manis
5 biji Buah keras
1 sudu besar Lada hitam
Bahan B - Hiris halus dan kisar
2 inci Halia
2 inci Lengkuas
1 mangkuk bawang merah
2 labu bawang putih
3 kotak kecil belacan
Bahan C - rendam dgn air panas dan kisar
1 mangkuk cili kering
Cara-cara:
Masukkan ikan ke dalam periuk. Letak sikit air 1/2 daripada paras ikan dlm periuk.
Tambahkan garam dan asam jawa (dgn bijinya sekali).
Masak guna api sederhana sehingga ikan masak dan air kering.
Gunakan kuali besar, letak minyak (1 1/2 mangkuk) utk menumis bahan A dahulu, diikuti B dan C tadi. Pastikan bahan2 naik bau dulu barulah letak bahan yang seterusnya.
Curahkan bahan tumisan kedalam periuk yg ada ikan tadi.
Buka api dapur sederhana dan tambahkan santan kedalam periuk tadi.
Masuk sekali gus gula merah, lada besar, cili api, asam belimbing/tomato.
Jika pekat sangat kuahnya bolehlah tambah air.
Masaklah sehingga sebati dan mesra bahan2 tu. rasalah kuah.
Jika kurang masam, tambah air asam jawa lagi. Tambah garam gula.
Biar betul2 kering dan harum baru masuk bahan C.

p/s:Waktu menumis amat penting. Bahan A mesti benar2 harum, kemudian masuklah bahan B.
Biar betul2 kering dan harum baru masuk bahan C.
Lemang
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
3 kelapa (santan kelapa)
2 batang buluh saiz medium
garam
Cara-cara:
Cuci beras dan toskan air
Gulungkan daun pisang dan masukkan ke dalam buluh.
Isikan beras ke dalam buluh (pastikan tidak terlalu penuh)
Masukkan garam ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
Letakkan pada api sederhana.
Jaga lemang anda dan balik-balikkan setiap 15minit.
Ini akan memakan waktu sekitar 4-5 jam untuk memasak.
p/s: Lemang adalah makanan tradisional Melayu dimasak dengan kayu buluh.
Biasanya dipersiapkan untuk perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Lemang diperbuat daripada beras pulut, santan dan garam.
Beberapa resepi lemang menambah jagung.
Lemang biasanya dimakan dengan rendang.
Gerai-gerai lemang yang paling popular adalah di Kijal.

Laksa Beras
Bahan-bahan:
5 cawan tepung beras
5 cawan tepung gandum
3 sudu tepung ubi
Sedikit air panas
Sedikit air sejuk
Cara-cara:
Tuangkan air panas ke dalam semua tepung, gaul sebati
Kemudian campurkan air sejuk.
Tekan adunan dlm periuk di atas api yg berisi air mendidih.
Biarkan hingga ianya terapung (maknanya dah masak le tu).
Toskan, rendam dalam air sejuk dan toskan.
Cadangan Hidangan: 5 orang
p/s: Tepung ubi terpulang banyak mana nak.
Kalau nak liat sedikit laksa tu masukkan lebih. nanti laksa akan jadi lebih kenyal.
Kalau nak rasa laksa gandum...tukarkan tepung beras kepada tepung gandum. Caranya sama sahaja, tidak perlu masukkan tepung ubi...laksa gandum buat kuah lemak terengganu sedap atau buat laksa kuala kangsar...
Tapi kalau ada anak kecil dan orang tua, eloklah kurangkan...
Bagi ibu mengandung dan menyusukan anak, guna 100% tepung beras ye..
Tak yah campur tepung lain.. coz kalau laksa yg ada tepung ubi tu nanti angin/kembung dalam badan ibu dan baby k..
Akok Kelantan
Bahan-bahan:
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula melaka - boleh kurangkan ikut selera
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan - kisar/tumbuk(ambik air)
2 cubit garam halus
1/2 sudu teh serbuk bunga cengkih
Cara-cara:
Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur, tepung dan daun pandan, serbuk bunga cengkih, gaul rata.
Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
Panaskan acuan baulu ke dalamnya.
Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit.
Cadangan Hidangan: 35 biji
p/s: Dimasak dalam acuan di atas api, mempunyai 2 versi - akok berlauk (mengisi daging, dimasak) dan manis(gula).
Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Akok pada dasarnya dibuat dari tepung beras dan santan.
Kuih ini akan mengembang.Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.
Kerabu Pucuk Paku
Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembung hitam + 3 keping asam + garam - rebus
1 kg pucuk paku - potong, rebus bersama garam hingga lembut
1/2 kilo taugeh - celur
1 ulas bawang putih - hiris halus
3 biji bawang merah kecil - hiris halus
1 biji kelapa - parut, jadikan kerisik
3 tangkai cili padi (nak pedas, blh tambah lg yo..)
2 biji limau nipis
garam/gula secukup rasa
Cara-cara:
Tumbuk isi ikan kembung hingga hancur tanpa menggunakan air.
Masukkan ke dalam satu bekas yang besar untuk persediaan di gaul dengan bahan lain.
Kerisik td ditumbuk sedikit hancur, campurkan dengan isi ikan yang telah ditumbuk tadi.
Gaul rata pucuk paku, taugeh, bawang merah dan putih serta cili padi.
Perahkan asam limau sambil gaulkan bahan-bahan di atas hingga rasa masam sebati.
Simpan dalam peti sejuk untuk 1 jam sebelum di hidang ( bagi memudahkan aroma rasa kerabu lebih sebati)
Cadangan Hidangan: 6 orang @ 1 family
Ini adalah salad Melayu tradisional, dihidangkan dengan sayur-sayuran, air jeruk nipis, hirisan bawang dan kelapa parut.
Ia cuma perlu digaul rata sebelum dihidang dan sedap di makan dengan nasi putih
Ia perlu di makan untuk sekali hidangan sahaja (jika hidangan dijamah dgn tangan-mudah basi krn ada kelapa).

Cek Mek Molek
Bahan-bahan:
4 biji ubi keledek
2 cawan tepung gandum
planta
air
minyak (untuk mengoreng)
gula/garam secukupnya
Cara-cara:
Rebus ubi keledek bersama air dan garam sehingga empuk.
Angkat ubi keledek yang direbus kemudian dilenyek.
Masukkan planta, gula dan gandum sehingga menjadi doh, bulatkan menjadi bebola.
Kemudian doh tadi di leperkan, seterusnya letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah selesai semuanya bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.
p/s: Kuih Che Mek Molek terbuat dari ubi jalar dan diisi dengan gula.

Bubur Lambuk My Style
packaging utk dibahagikan kepada umat islam pd bulan puasa |
Bahan-bahan:
5kg beras
3kg santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
5kg daging3kg tulang
1kg udang kering
5 kg ikan selayang/selar(rebus,ambil isi) +
2 sudu teh lada hitam - kisar halus
200g lengkuas
1 sudu kecil halba1 sudu kecil jintan kasar
500g bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1kg halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
15 batang serai - dititik
3 paket kerisik
4cm kulit kayu manis, 3g bunga lawang, 2g bunga cengkih, 2g buah pelaga
daun pandan
minyak sapi
minyak kelapa
garam secukup rasaair secukupnya
Daun Pucuk Kaduk
Daun Pucuk Betik
Daun Pucuk Melinjai
Daun Pucuk Paku
Daun pucuk kemidi
Daun kemangi
Budu
Hiasan:
2kg bawang merah - buat bawang goreng
30 tangkai daun sup - mayang
30 tangkai daun bawang - mayang
20 biji telur masin
kacang tanah - goreng/tumbuk
Cara-cara:
Panaskan minyak sapi dan minyak kelapa..
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau (xperlu goreng sampai kuning)
Masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
Masukkan daging dan tulang.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
kemudian boleh la letak pati santan dan kerisik..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya.
Masukkan semua daun2 dan budu. masak hingga bubur pekat.
bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
p/s: Bubur Lambuk adalah jenis bubur beras Melayu yang dimasak dan dibahagikan secara percuma kepada masyarakat pada setiap bulan puasa Ramadan di banyak tempat.
Beberapa lambuk bubur di negara-negara lain mempunyai gaya yang berbeza dari persiapan.
Cadangan Hidangan: 150 orang keatas
Sayur sendiri punya suka ye, saya kalau masak bubur ni suka campur sayur2 sendiri...
Sagu Bronok
Bahan-bahan:
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose
Cara-cara:
Panaskan air bersama pewarna merah sehingga mendidih.
Masukan sagu, kemudian kacau rata.
Masukan gula, gaul rata.
Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang (22cm).
Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa.
Cadangan Hidangan: 4-5 orang
p/s: Bronok adalah manisan yg diperbuat drpd biji sagu, gula dan ianya berwarna merah. Disaluti dengan kelapa parut.

Ayam Percik Kelantan
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 4
Kisar (utk perapan)
2 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1 cm halia
1 batang serai
1 camca teh ketumbar
1/2 camca teh jintan putih
garam/gula
Kuah/sos:
1 1/2 cawan santan pekat
1 labu bawang besar - kisar
1 cm halia - kisar
cili kering + madu/gula merah/gula biasa - kisar
1/2 cawan beras - tumbuk
sedikit air asam jawa@asam keping
garam secukupnya
serai (utk titik)
Cara-cara:
Perap ayam dengan bahan kisar semalaman@ min 2 jam.
Selepas itu panaskan periuk dan masukkan beras yg ditumbuk (grg kekuningan), masukkan bahan kuah yang lainnya.
Masak sehingga pecah minyak/berkilat.
Kemudian bakar ayam yang telah di perap tadi ke atas dapur arang.
Jika ayam tadi kelihatan hampir masak renjiskan bahan kuah yang telah di masak tadi dengan serai.
Selepas kering sedikit renjiskan bahan tadi sekali lagi.
Lepas tu angkat dan lebihan kuah percik tadi di lumurkan pada ayam yang telah masak.
p/s :Kilatan adalah disebabkan oleh madu/gula.
Masakan kelantan memang manis2 semua.
Kepekatan kuah adalah bergantung byk mana beras(tumbuk) yg digunakan.
Jika xsuka, kurangkan gulanya.
Halwa maskad
3 cawan tepung gandum - bancuh dengan 5 cawan air, tapis dgn kain jarang, keringkan.
12 auns gula batu
12 auns gula putih
1 helai daun pandan
1 biji kuning telur
1 botol minyak
6 biji buah pelaga
1 cawan minyak sapi
1 sudu tepung kastard
1-2 sudu pewarna kuning
4 titik pewarna merah
Cara-cara:
Keringkan tepung selama 3 jam buang air yang jernih (ambil tepung yang mendap) masak gula dan daun pandan dengan 4 cawan air.
Masukkan kuning telur dlm air yang mendidih dan tapis.
Masukkan pewarna,campurkan air gula dengan tepung yang mendap itu dan kacau di atas api perlahan hingga kental.
Masukkan 1 cawan minyak sapi dan buah pelaga kacau hingga sebati, masukkan minyak yang selebihnya. Sudukan minyak ke dalam mangkuk, kacau hingga halus, kental dan berminyak.
Cadangan Hidangan:
Topping : Bijan, Kacang Gajus, Pistachio (Kacang Cerdik), Almond (Badam), Kacang Tanah, Kismis, Habatus Sauda, Kurma, Appricot, Madu, Chocolate dll...
p/s: Halwa Maskad merupakan hidangan unik pada hari raya dan pada majlis-majlis istimewa serta sukar didapati.
Penyediaannya amat rumit dan hanya pakar sahaja tahu menyediakannya.
Secara tradisi, penyediaannya memakan masa selama tiga hari dan harus dikacau tanpa henti pada api kecil sehingga lima jam.
Kuih Raya yang pasti digemari ramai terutama ibu-bapa dan kanak-kanak kerana rasanya manis serta lemak berkrim dan berbentuk jelly lutsinar berwarna keemasan.
Langgan:
Catatan (Atom)