Sabtu, 13 November 2010

Sos Pencicah

Bahan-bahan:


7 tangkai cili kering - rebus, kisar
2 ulas bawang putih - rebus, kisar
sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa + air
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung/ubi


Cara-cara:


Masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan
Masukkan bahan kisar, gula melaka dan air asam jawa.
Bila dah mendidih, masukkan garam, gula, dan cuka.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.

Keropok


Bahan-bahan:


1kg ikan selayang/ kembung
500 gm tepung sagu
500 gm tepung kanji
1 1/2 sudu kecil garam
5-10 ulas bawang putih
1 sudu kecil baking powder
12ml air
sedikit perasa


1 gelas ais utk sejuk




Cara-cara


Rebus, asingkan isi ikan dari tulang.
Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air.
Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung.
Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Guna tepung kanji utk menggaul
Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli...
Panaskan air + minyak di dalam periuk.
Masukkan keropok setelah air mendidih.
Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak)
Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..


Tips: Ketika nak menggoreng toskan betul2 air pada keropok.
Mulakan membancuh untuk permulaan dengan sukatan kecil + tepung sagu, isi ikan dahulu.
Jika keras, tambahkan ais. Jika lembik, tambah tepung sagu.


p/s: keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais(bungkus dalam plastik agar tidak meresap baunya ke tempat lain).
Bila nak mnggoreng baru siram air panas.
Keropok yg belum direbus tadi boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..

Batang Buruk



Bahan-bahan:


1 bungkus kulit popia (5" x 5")
kacang hijau/kacang dal (secukupnya)
gula halus(icing) secukupnya
putih telur
minyak untuk menggoreng


Cara-cara


Potong kulit popia 1 inci lebar, kemudian gulung, lekatkan gulungan menggunakan telur @ air. potong pendek (seperti gambar)
Panaskan minyak, goreng terendam sehingga kulit popia kekuningan @ masak.
Untuk kacang hijau pula, digoreng terlebih dahulu menggunakan api perlahan tanpa minyak.
Goreng sehingga kulitnya bertukar warna bila dah masak, sejukkan, kemudian kisar sehingga halus. kemudian ayak.
Campurkan kacang hijau kisar dgn gula halus, salut kulit popia menggunakan campuran kcg hijau dgn gula. simpan dlm bekas kedap udara.
Gula adalah mengikut citarasa anda.

Cempedak Goreng


Bahan-bahan:


1 cawan tepung goreng Pisang Adabi
2 cawan tepung beras Cap Tiga Gajah
Air suam secukupnya - utk bancuh tepung
Garam secukup rasa
Cempedak
Minyak utk menggoreng


Cara-cara:


Campurkan kedua-dua tepung & garam.
Bancuhkan tepung dengan air suam tadi sehingga bancuhan jadi bertali jatuhnya bila kita angkat dgn jari & agak2 pekat sesuai utk menggoreng.
Jangan terlampau cair & terlampau pekat yer.
Panaskan kuali & masukkan minyak (agak banyak).
Biar sampai tenggelam.Biar api agak besar. 


Cadangan Hidangan: ( 5 org makan )


TIPS : Api yang slow akan menyebabkan minyak banyak meresap ke dlm bahan gorengan & watkan tak rangup dah...
Tujuan gunakan air suam adalah untuk merangupkan bahan goreng n meringankan tektur tepung.
Jadi minyak tak banyak meresap.
Make sure minyak betul2 panas dulu.
Pastu gorenglah cempedak ni hingga garing.
Jika ada yang bercamtum time goreng tu,pisahkan 1-1.
Jangan lupa toskan dulu minyaknya sebelum dimakan.

Dodol Gula Kabung

asli















setelah dikomersialkan, jadilah pelbagai rasa yg enak










Bahan-bahan:


9000 g - santan segar pekat(pati)
6 pek tepung beras
500 gram gula kabung/gula melaka/gula merah
1300gram gula pasir
15 helai daun pandan - carik, simpulkan


Cara-cara:


Bancuh tepung beras, dengan air satu jag besar(sehingga tiada ketul). 
Bancuh gula kabung dengan air + daun pandan, (di masak atas dapur - satu jug besar air) 
Masukkan santan semua kedalam kawah, kacau dengan api yang kecil (jaga apinya, takut berkerak)
Masukkan tepung beras dan gula kabung yang di bancuh sambil kawah dikacau. (kacau perlahan-perlahan) 
Bila sudah sedikit likat masukkan gula pasir, kedalam bancuhan yang di masak(jika terlebih gula akan jadi manis yang terlampau). 
Perlu sentiasa di kacau 
sampailah ianya likat, melekat dan pekat.


Cadangan Hidangan:


Sekawah kenduri. Nak buat sikit pon boleh(adjust bahannye)
Perlu gotong-royang membuatnye.


p/s: dodol ini boleh juga digoreng(hiris, celup telur - mcm goreng kuih bakul(thn baru cina).


Dodol daun pandan, tambahkan jus/ekstrak pandan(pekat-biar warna hijau) abaikan gula kabung.


Dodol strawberi, tambahkan ekstrak strawberi (rebus dan blend hancur-warna maroon cket)


Dodol durian, tambahkan ekstrak durian(buang bijinya)/lempuk durian(buang biji, goreng bersama gula hingga likat)

Karipap Putar/Pusing

Bahan-bahan:


Inti:


500 gram daging cincang
1 kg keledek/kentang - di potong dadu
2 bungkus kecil serbuk kari daging
1 tangkai daun kari
1 kuib ayam (Maggi/Knorr)
2 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar - dadu
Air secukupnya
Minyak utk menumis dan menggoreng
Garam dan perasa secukupnya
500 gram daging cincang




Doh berminyak:
150 gm (majerin + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur)
300 gm tepung gandum

Doh biasa:
700 gm tepung gandum
satu sudu teh garam
air (anggaran dlm 2 cawan)



Cara-cara:


Inti:



Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan daun kari dan bawang besar, kacau seketika.
Bancuh serbuk kari dengan sedikit air.
Masukkan bancuhan ini ke dalam bahan yang ditumis.
Kacaukan hingga serbuk kari masak dan pecah minyak.
Masukkan keledek dan daging cincang dan kacaukan.
Tambahkan air sehingga tenggelam keledek dan daging.
Tambahkan garam, perasa dan kiub ayam.
Masak hingga kering dan ubi empuk.
Angkat dan lecekkan sedikit.



Doh:

Uli doh beminyak *majerine dgn tepung* hingga jadi doh licin dan tidak melekat.
Uli doh sampai berminyak.
Jadikan kepada 8 doh.
Campurkan doh biasa *tepung gandum + air + air garam*.
Uli hingga licin juga dan bhgkan kpd 8 doh.
Ambil doh biasa canaikan sedikit (jgn besar sgt) dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai.
Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
Setelah itu, anda akan dapat 2 doh gulungan tikar.
Ambil satu doh gulung tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. (biarkan btknya lonjong) kemudian gulung semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn.
Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap.
Pastikan inti benar-benar sejuk.

Kelimkan menbentuk karipap.


Panaskan minyak yang banyak.
Goreng karipap hingga masak.Sedia utk dihidang.
Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu.

Cadangan Hidangan:


Menghasilkan lbh kurang 60 biji

Dalam initi boleh juga diletak telur rebus(potong 4-8bhgian)

Karipap yg belum digoreng boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...