Selasa, 30 Jun 2009

Bubur Lambuk Terengganu Style

Bahan-Bahan:

Bahan A:
1/2 tin susu beras - basuh, toskan
5 ulas bwg merah
5 ulas bwh putih
Lada hitam
2 hiris halia
Air

Bahan B:

Budu
Santan
Pucuk Paku, paku-pakis, daun kemangin, pucuk kadok dll
ikan selayang/sardin - panggang & hancurkn isi
garam/gula

Cara-cara:

Bwg merah, bwg putih, halia & lada hitam ditumbuk lumat.
Masukkan air ke dlm periuk dlm masukkan bahan tumbuk tadi.
Biar sedikit menggelegak baru masukkan beras.
Biar beras kembang seperti membuat bubur.
kemudian masukkan ikan, sedikit santan, budu, garam & gula. Biarkan sebati.
Apabila dah elok & biarkn sedikit berkuah, masukkn pucuk2 tadi.
Masak seketika, rasa & tutup api dapur.
Hidangkan semasa panas

Cadangan Hidangan utk 6 org

Bubur lambuk atau bubur beras herba Terengganu adalah berbeza cara memasak menggunakan beberapa jenis herba, ubi jalar, keropok ikan, udang dll.



Juga menggunakan sayur2 seperti daun kesum, pucuk manis, pucuk paku, dll yang ditemui tumbuh di hutan paya gambut adalah sebahagian dari bahan lambuk bubur.

Budu juga utk perasa, tak perlu terlalu byk.
Hidangan wajib masa berbuka puasa.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...