Selasa, 2 November 2010

Souffle Coklat

Bahan-Bahan :


150 gm dark chocolate
50 gm mentega
3 biji telur
35 gm gula


Cara-cara:


Didihkan mentega.
Asingkan kuning telur dan putih telur.
Hiris coklat secara kasar, dengan menggunakan pisau bergerigi.
Sapu loyang dengan mentega dan lapisi dengan gula.
Didihkan coklat, masukkan ke dalam mircowave selama kurang lebih satu minit, sampai mendidih, dan keluarkan sebelum hangus(jangan tambah air)
Atau anda boleh medidihkannya dengan menggunakan periuk brsama dengan air panas, tapi jangan gunakan air mendidih.
Campurkan dengan mentega, lalu campurkan kuning telur, sisihkan.
Kacau putih telurnya dengan gula sampai gebu.
Kacau campuran coklat, ratakan dari tengah ke pingir.
Pindah campuran coklat ke dalam loyang, hati-hati jangan sampai mengenai pinggir loyang kerana akan menyebabkan coklat hangus.
Isi hingga 3/4 penuh atau mendekati pinggiran cetakan.
Panggang dengan suhu 170-180 darjah celcius selama 7 hingga 8 minit (awasi). Bahagian atas dan bahagian dalamnya harus meyerupai spons ringan.

Nasu Ni-bitashi(Japanese Cuisine)

Bahan-bahan:


4 buah terung Jepun, panggang, kupas kulitnya
250 cc dashi
2 sudu makan mirin
1 sudu makan kicap masin
1 sudu teh garam
1 cm halia, parut


Cara-cara:


Letakkan terung Jepun dalam periuk, dan masukkan dashi, mirin, kicap masin, dan garam, masak hingga mendidih, kecilkan api.
Masak kembali selama 5 minit, angkat, dinginkan, lalu simpan dalam kulkas selama 1 malam.
Potong tiap terung menjadi 3 bahagian, letakkan dalam mangkuk bersama kuahnya, lalu letakkan halia di atasnya, sajikan.

Satsuma-imo Age-ni (Japanese Cuisine)

Bahan-bahan:


500 gram ubi manis, kupas kulitnya
1 liter air


Sos(kacau rata semua bahan di bawah)
250 cc air
1 sudu teh garam
3 sudu makan gula pasir


Cara-cara:


Potong ubi manis dengan tebal sekitar 2 cm, lalu masukkan ke dalam air, rendam selama 30 minit, tos, keringkan.
Panaskan minyak yang banyak, lalu masukkan ubi manis satu per satu, goreng hingga berwarna kuning kecoklatan selama 1 minit, angkat, toskan.
Letakkan ubi manis dalam periuk, masukkan sosnya, masak hingga mendidih, kecilkan api, lalu masak kembali hingga sos hampir habis sambil sekali-sekali diadun, angkat.

Telur Teh (Chinese Cuisine)

Bahan-bahan:


20 biji telur
3 sudu makan garam
5 sudu makan daun teh membru
2 sudu makan kicap cendawan
3 buah cengkih
1 batang kayu manis
2 buah bunga lawang
2 liter air


Cara-cara:


Masukkan telur dan garam ke dalam 1/2 drpd air, masak hingga telur masak, angkat.
Panaskan 1/2 drpd air, masak hingga mendidih, kecilkan api, lalu masukkan telur rebus tadi, daun teh, kicap cendawan, bunga cengkih, kayu manis, dan bunga lawang, masak selama 3 jam, matikan api, biarkan selama 1 hari sampai telur berwarna kecoklatan, angkat.

Creme Brulee

Bahan-bahan:


500 cc susu krim
4 biji kuning telur
60 gm gula pasir
1/2 sudu tah ekstrak vanila
45 gram gula merah


Cara-cara:


Campur kuning telur dan gula, kacau hingga rata, lalu sisihkan.
Masak susu krim di atas api sedang hingga ada menggelegak kecil, lalu masukkan campuran telur tadi sedikit-sedikit sambil terus diadun.
Masak hingga mengental sekitar 15 minit.
Tambah vanila ekstrak, adun hingga rata, lalu angkat.
Siapkan 6 buah pinggan kecil tahan panas, lalu tuang adunan tadi ke dalamnya, tutup, simpan dalam peti ais selama 6 jam.


*Jika hendah disajikan, taburi brown sugar di atasnya, lalu panggang selama 3 minit hingga brown sugar meleleh, angkat, dinginkan sebentar, sajikan.

Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan-bahan:


2 sudu makan minyak sayur
75 gm bawang bombay - cincang kasar
2 ulas bawang putih - cincang
2 cm halia - hiris nipis
200 gm daging ayam - potong ukuran 2 cm x 1 cm
400 gm beras - cuci, sejat
1 liter stok/rebusan ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap masin
1 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh minyak bijan
1/2 sudu teh lada serbuk
1/2 sudu teh garam
6 buah cendawan hioko - rendam dalam air panas hingga lembut, hiris kasar
75 gram paprika merah - hiris nipis membujur
100 gram ikan masin - potong ukuran 2 cm x 1 cm, goreng
1 sudu makan bawang putih - goreng
sayur kailan


Cara-cara:


Panaskan minyak sayur dalam lalu masukkan bawang bombay, bawang putih, dan halia, tumis hingga harum naik bau.
Masukkan daging ayam, adun rata, masak hingga berubah warna, lalu masukkan beras, adun rata.
Masukkan stok ayam, sos tiram, kicap masin, kicap manis, minyak bijan, lada serbuk dan garam, adun rata, masak hingga mendidih, lalu tutup, kecilkan api, masak hingga nasi setengah masak.
Tambah cendawan hioko dan paprika merah, kailan, adun rata, hingga masak seluruhnya.
Tabur dengan ikan masin dan bawang putih goreng di atasnya, angkat.

Com Chien Voi Tom (Vietnamese Cuisine)

Bahan-bahan:


550 gm nasi
2 sudu makan minyak
250 gm udang, - kupas
3 batang daun bawang - hiris halus
100 gm cendawan merang - belah jadi 2
1 buah zuchini/courgette - hiris melintang nipis
1 buah wortel - hiris nipis bulat
50 gm buncis muda - potong ukuran 2 cm
1 sudu makan sake
1 sudu makan kicap masin (light soy sauce)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada


Cara-cara:


Panaskan minyak, lalu masukkan udang, tumis sampai masak, angkat, sisihkan.
Panaskan sisa minyak, lalu masukkan 1/3 resepi daun bawang dan cendawan merang, tumis hingga layu.
Masukkan zuchini/courgette, wortel, dan buncis, adun rata sampai masak.
Masukkan udang, nasi, sake, kicap masin, garam, dan serbuk lada, adun sampai rata dan nasi panas, angkat, lalu tabur dengan sisa daun bawang di atasnya, sajikan.

Khao Phad Bai Horapha (Nasi Goreng Kemangi)

Bahan-bahan:


Nasi goreng:
600 gm nasi
2 ulas bawang putih - cincang
4 sudu makan minyak
300 gm daging ayam - hiris nipis panjang
2 sudu makan kicap ikan
2 sudu makan kicap manis
3 sudu makan daun kemangi - hiris kasar
5 biji cili padi - hiris nipis (jika suka pedas)
2 sudu makan bawang goreng


Sambal kicap ikan:
2 sudu makan kicap ikan
4 biji cili padi - hiris nipis
2 biji cili merah - cincang
2 sudu makan air limau nipis


Cara-cara:


Nasi goreng:
Panaskan minyak, lalu masukkan bawang putih, tumis sampai kuning.
Masukkan daging ayam, adun rata lalu tambahkan kicap ikan, kicap manis, dan cili padi, adun rata.
Masukkan nasi, adun sampai rata dan nasi panas, lalu masukkan daun kemangi, adun rata, masak sampai daun kemangi layu, angkat, taburi dengan bawang goreng di atasnya.


Sambal kicap ikan:
Campur semua bahannya, adun hingga rata.

Nasi Goreng Ayam Nanas

Bahan-bahan:


2 sudu besar minyak sayur
500 gm ayam - potong dadu
750 cc air rebusan ayam
1 sudu teh garam
450 gm beras - cuci bersih, toskan
3 biji bawang merah - cincang halus
5 ulas bawang putih
1 cm halia - cincang kasar
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh jintan
1/4 sudu teh serbuk pala
1 batang kayu manis
2 biji pelaga - tumbuk halus
2 biji cengkih
1 batang serai - tumbuk halus
1/2 biji nanas - kupas, potong kecil-kecil
1 sudu makan bawang merah - goreng


Cara-cara:


Campur bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, lada hitam, jintan, serbuk pala, kayu manis, dan pelaga, lalu sisihkan.
Panaskan minyak sayur di atas api sedang, lalu masukkan campuran bahan tadi,tumis hingga harum.
Masukkan ayam, adun rata, masak hingga berubah warna, lalu tambahkan garam, adun rata, masak hingga daging empuk, angkat, sejat, sisihkan.
Masukkan beras dan air rebusan ayam ke dalam periuk, aduk rata, masak hingga mendidih, masak hingga nasi setengah masak dan kuah terserap.
Masukkan daging ayam tadi, adun rata, masak di atas api kecil hingga masak seluruhnya, angkat, lalu taburi dengan nanas dan bawang merah goreng di atasnya, sajikan.


p/s: boleh juga disajikan dala buah nanas yg sudah dikeluarkan isinya.

Coffee Shake

Bahan-Bahan:


2 senduk aiskrim vanilla
1 1/2 senduk susu coklat
1/2 senduk sirap mokka
2 sudu teh serbuk kopi
Ais secukupnya
Serbuk kulit kayu manis
Whipped cream


Cara-cara:


Campurkan susu coklat, aiskrim, sirap mokka, dan serbuk kopi ke dalam blender.
Kisar dengan kecepatan tinggi masukkan ais batu, lalu adun lagi selama 1 minit.
Tuang kedalam gelas tinggi.
Hias bahagian atas dengan whipped cream dan serbuk kayu manis.

Stawberry Tea

Bahan-Bahan:


2 1/2 gelas air panas
2 uncang teh
2 biji Buah strawberi/ekstrak strawberi
2 buah jeruk lemon
Ais secukupnya
Gula Secukupnya


Cara-cara:


Masukkan teh ke dalam air panas hingga ianya mgeluarkn warnanya
Sambil menunggu perah 1 biji lemon.
Campurkan air perahan lemon, buah strawberi dan gula secukupnya ke dalam teh.
Sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam.
Hiris lemon untuk digunakan sebagai hiasan.
Sajikan dengan ais dan hias dengan hirisan jeruk lemon.

Expresso Chill

Bahan-Bahan :


3/4 gelas air sejuk(dlm peti ais)
2 sudu teh serbuk kopi
1 gelas ais
2 sudu makan gula


Cara-cara:


Masukkan air sejuk dan kopi ke dalam blender.
Blender sampai kopi larut.
Tambahkan ais dan gula.
Blender lagi, sampai halus.
Sajikan segera.

Susu Coklat

Bahan-Bahan:


1 liter susu segar plain lf/fc
75 gm coklat bar (dark cocolate)
1 sudu makan cocoa powder (vanhouten)
Serbuk kayu manis secukupnya


Cara-cara:


Cincang kasar coklat.
Panaskan susu dengan menggunakan api kecil
Ketika susu mulai beruap(jangan tunggu sampai mendidih), masukkan coklat ke dalam susu, adun rata.
Masukkan cocoa powder, adun sampai cokelt mendidih dan bersatu dengan susu
Tambahkan serbuk kayu manis secukupnya, sesuai selera
Sajikan dalan keadaan panas, ataupun sejuk.


*Jika anda ingin susu sejuk, jangan menambahkan ais batu pada susu coklat kerana akan mengurangi citarasa coklat.
Setelah wap panas susu hilang, masukkan susu coklat tersebut ke dalam peti ais.

Smoothies Berry

Bahan-bahan
120 gram strawberi
125 cc susu strawberi
250 cc yogurt lemon/plain
175 cc susu cair


Cara-cara:


Campur semua diatas lalu blender hingga lembut dan rata, angkat.
Tuang ke dalam tiap gelas, lalu tambahkan whipped cream di atasnya, sajikan.

Coffee Eggnog

Bahan-bahan:


2 biji kuning telur(atau blh ganti dgn 2 scoop aiskrim-vanila,kopi,mokka)
75 gm gula pasir
200 cc susu cair - panaskan
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu makan coffee instant(serbuk kopi)
2 sudu makan cairan coklat


Cara-cara:


Tuang bahagian dalam gelas dengan serbuk coklat membentuk garis-garis lurus, sisihkan.
Pukul kuning telur dan gula hingga mengembang dan gebu, lalu pindahkan dalam blender.
Tambahkan susu sedikit-sedikit dan adun hingga sekata.
Tambahkan serbuk kayu manis, serbuk kopi, adun rata, lalu tuangkan dalam gelas.


*Untuk aroma dan perasa, boleh ditambah dengan sedikit parutan kulit lemon/serbuk coklat/vanilla.

Mee Phad Thai

Bahan-bahan:


200 gram bakmi kering - rendam air, toskan
3 sudu besar minyak sayur
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji telur - dipukul
2 keping tauhu kuning - potong dadu
100 gm udang - kupas buang kulit
1/2 sudu makan acar lobak
3 sudu makan gula pasir
2 sudu makan kicap ikan(sos ikan)
4 sudu makan cuka
1/2 sudu makan paprika
2 sudu makan kacang tanah - cincang kasar
180 gm tauge - cuci, bersihkan
75 gm daun bawang - potong ukuran 3 cm
1/4 sudu teh sebuk cili/cabai
1 biji limau nipis, belah jadi 2


Bahan-bahan:


Panaskan minyak sayur di atas api sedang, lalu masukkan bawang putih dan acar lobak, tumis sebentar.
Tambahkan telur, adun rata, lalu masukkan udang, tauhu kuning, dan bakmi, adun rata.
Masukkan gula, kicap ikan, cuka, paprika, dan 1/2 resepi kacang tanah, adun rata, masak selama 10 minit, lalu masukkan 1/2 resepi tauge, daun bawang, dan serbuk cili, adun rata, masak hingga masak, angkat.
Taburi dengan sisa kacang tanah di atasnya, lalu sajikan bersama-sama dengan sisa tauge dan limau nipis.

Kek Keju Mangga

Bahan-bahan:


180 gm biskut, hancurkan
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk pala
75 gm mentega, cairkan


Inti:


425 gm mangga, hiris nipis
1 1/2 sudu besar gelatin
parutan kulit jeruk (jika suka)
1 buah jeruk, dijus (jika suka)
4 telur, asing kuning n putih
150 gm gula pasir halus
200 gm mascarpone
200 ml krim, kacau


Hiasan:


Hirisan buah2 ikut suka.


Cara-cara:


Sapu loyang 22 cm dengan mentega, lapisi bwhnya dengan kertas.
Campurkan biskut, serbuk2, mentega.
Tuang ke dalam loyang, ratakan dengan senduk lalu sejukkan dlm peti ais.
Kisar mangga dan masukkan 90 ml airnya ke mangkuk tahan panas.
Tambahkan gelatin dan larutkan.
Letak 6 hiris mangga sekeliling loyang, cincang sisanya, campurkan dengan kulit dan jus jeruk.
Putar kuning telur dan gula hingga kental dan gebu.
Masukkan campuran buah tadi, biarkan hingga mulai masak.
Putar putih telur hingga berbuih lembut dan gebu.
Campurkan krim dengan campuran buah, tambahkan putih telur.
Tuang ke dalam loyang, sejukkan.
Keluarkan dari loyang, hias dengan hirisan buah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...