Isnin, 1 November 2010

Cupcake Coklat Moist




Bahan-Bahan :

4 biji kuning telur
75 gram gula halus
75 gram gandum
25 gram serbuk coklat
10 gram maizena
3 putih telur
75 gram mentega


Hiasan:
Coklat bar
Butter Cream secukupnya



Cara-cara :

Campur tepung gandum, maizena dan serbuk coklat hingga rata.
Cairkan mentega, kacau kuning telur dan gula halus sampai putih dan mengembang.
Masukkan tepung yang sudah tercampur.
Kacau perlahan, sambil masukkan mentega cair sedikit demi sedikit.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit, adun perlahan-lahan hingga rata.
Sapu loyang ukuran 22cm x 22 cm dengan mentega , masukkan adunan kedalamnya.
Bakar selama lebih kurang 30 minit. setelah masak, biarkan sejuk.
Sapu dengan butter cream.
Masukkan ke dalam peti ais agar butter cream mengeras. Kemudian potong kek sesuai dengan selera.
Cairkan cokelat bar.
Siram kek dengan cairan coklat.
Hias dengan butter cream, msukkan dalam peti ais supaya butter cream dan coklat mengeras.

Kek Coklat Susu

Bahan-bahan:

Kek:
185 gram mentega/marjerin
1/2 sudu teh vanilla
275 gram gula halus
4 biji telur
75 cc susu cair
150 gram tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
50 gram serbuk coklat

Lapisan:
300 gram coklat masak pekat, cincang
125 gram mentega/marjerin

Cara-cara:

Kek:
Campur tepung gandum, baking powder, dan serbuk coklat, adun hingga rata, lalu ayak, biarkan.
Campur mentega, vanilla, dan gula, lalu masukkan telur satu per satu sambil terus diadun hingga rata.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit-sedikit diselang dengan susu cair, adun hingga rata.
Siapkan loyang dengan diameter 20 cm, sapu dengan sedikit mentega, lapisi dengan kertas minyak, lalu taburi dengan sedikit tepung gandum.
Tuang adunan kek ke dalam loyang, ratakan, lalu bakar dalam oven (180 darjah Celsius, 45 minit) hingga masak, angkat.
Keluarkan kek dari loyang, dinginkan, lalu belah cake membujur menjadi 2 bahagian, sisihkan.

Lapisan:
masak coklat hingga pekat dan mendidih, angkat, lalu masukkan mentega, adun hingga mentega mendidih dan berkilat.
Ambil kek bahagian bawah, lalu sapu bekas belahan kek dengan sebahagian adunan lapisan, ratakan, satukan kek kembali, hiasi permukaan kek dengan sisa adunan lapisan.

Bahulu Gulung

Bahan-bahan:

11 biji kuning telur
3 biji putih telur
75 gram gula pasir
1 sudu besar susu pekat manis
75 gram tepung terigu
1/2 sudu teh baking powder
75 gram mentega/marjerin - cairkan
5 sudu besar jem strawberry (blh jga guna jem lain ye..)


Cara-cara:

Pukul kuning telur, putih telur, dan gula sampai naik dan kenyal.
Masukkan susu, tepung terigu, dan baking powder, adun sampai rata.
Tuangkan marjerin cair, adun rata.
Tuang dalam loyang persegi (30 cm x 30 cm) yang telah disapu marjerin dan ditaburi tepung terigu
Bkar dalam oven (210 darjah Celsius, 10 minit).
Balikkan kuih ke atas kertas roti yang telah disapu marjerin.
Sapu jem pada permukaannya, lalu gulung sambil agak ditekan, hati-hati agar permukaan kuih tetap mulus.
Biar hingga sejuk, lalu potong.

Kek Batik

Bahan-bahan:

1 pack biskut merry
1 cawan susu pekat manis
3 sudu besar serbuk koko
2 cawan milo
1 biji telur
250gm butter

Cara-cara:

cairkan butter atas api perlahan
masukkan susu manis dan gaul atas api perlahan
masukkan telur dan gaul sebati
masukkan serbuk koko & milo
setelah sebati angkat dr api
masukkan biskut merry yg telah dipatahkan
susun dlm bekas dan sejukkan

Nasi Gurih

Bahan-bahan:

1 liter beras
1200 cc santan
1 subu besar garam
1 sudu teh ketumbar - haluskan
2 lembar daun salam
3 lembar daun pandan - dicarik, ikat

Cara-cara:

Campur santan dengan garam, ketumbar, daun salam dan daun pandan, didihkan.
Kukus beras sampai setengah masak, lalu letakkan dalam panci, tuang santan mendidih sambil diadun hingga santan habis terserap, kukus kembali sampai masak.

p/s: Biasanya disajikan bersama-sama dengan Ungkep Jerohan dan Daging Sapi, Acar Kuning, Sambal Kemiri, teri goreng, kacang goreng, dan emping goreng.

Nasi Uduk Betawi (Indonesian Cuisine)

Bahan-bahan:

400 gram beras
625 cc santan dari 1/2 biji kelapa
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 batang serai - diketuk
1 lembar daun salam
1 lembar daun pandan
garam secukupnya

Bahan Pelengkap:
Ikan teri goreng
Kacang goreng
Telur dadar - dihiris nipis
Mentimun - dihiris nipis
Daun kemangi
Bawang goreng

Sambal Kemiri:
Kisar dan campur jadi satu sampai halus:
25 gram kacang goreng
5 butir kemiri goreng
5 cabe rawit@cili padi - rendam air panas
2 cabe merah - rendam air panas

1/2 sudu teh  garam
1 sudu teh cuka
2 sudu teh gula pasir
50 cc air panas


Cara-cara

Kukus beras sampai setengah masak, angkat dan sisihkan.
Sementara itu masak santan, ketumbar, serai, daun salam, pandan dan garam di dalam panci@periuk sampai mendidih.

Kemudian masukkan beras yang sudah dikukus atas api yang kecil sampai masak, angkat.

Nasi Goreng Keju

Bahan-bahan:

5 camca besar minyak masak
250 gm udang - di basuh dan di kupas
200 gm isi ayam - di potong dadu
300 gm sotong - di basuh dan di potong ikut suka
3 mangkuk nasi
1/2 camca teh lada sulah
1 camca besar daun limau purut - di carik
3 biji telur di dadar dan - di carik
100 gm keju kraft - di carik

Bahan-bahan untuk di kisar:
150 gm bawang besar
6 tangkai cili
150 gm udang kering - di basuh dan di rendam 5 minit
2 cm kunyit

Hiasan:
150 gm keju kraf di carik
Cili,bawang dan daun saderi - di mayang
Bawang goreng


Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar
Masukan udang,ayam dan sotong lalu di kacau
Masukan nasi,lada sulah,daun limau purut dan akhir sekali telur dadar dan keju yang telah di carik
Hias dan hidangkan panas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...