Selasa, 30 Jun 2009

Sup Sayur Pak Choy

Bahan-Bahan:


1 ikat pak choy (sawi pendek)
600 ml air kosong
1 peket tauhu telor - dipotong bulat2
suhun (ikut selera)
2 ulas bawang putih untuk menumis
1 sudu besar minyak masak
½ kiub ikan bilis knorr
sedikit ikan bilis mentah direndam seketika
garam secukup rasa


Cara-cara:<


Panaskan minyak dlm periuk, tumis bawang putih hingga hampir kuning dan masukkan air.
Biar sampai mendidih sambil itu masukkan kiub ikan bilis & ikan bilis mentah.
Tauhu telor digoreng dgn separa minyak, tidak perlu terlalu garing.
Angkat dan toskan baki minyak.
Masukkan suhun ke dalam sup yang sedang mendidih.
Biar empuk kemudian masukkan pula tauhu telor, pak choy dan garam secukup rasa.


Cadangan Hidangan:


Sesuai untuk individu yang sedang diet.
Sama ada dimakan begitu sahaja atau dgn nasi putih.
Jika suka, titikkan sedikit minyak bijan.


Tambahan:


Selepas dimasukkan sayur pak choy, hanya perlu kacau perlahan2 dan terus tutup api.
Jangan tutup periuk kerana ini akan menyebabkan sayur cepat layu & kurang zat.
Boleh tambah ubi kentang jika suka dan perlu dimasak sblm dimasukkan suhun.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...