Khamis, 18 November 2010

Almond London

Bahan-Bahan:


Bahan A
250gm butter/1 cawan planta - cair
1 cawan gula kastor/gula - kisar halus
1 sudu teh esen vanila
3-4 cawan tepung gandum - di ayak
1 biji kuning telur
Badam - cuci n tapis...bakar dlm oven 10 minit 160 degree sehingga badam betul2 rangup dan sejukan..


B (Toping)
600gm Coklat masakan
3 sudu minyak jagung
Badam cincang secukupnya


Cara-cara:


Gaulkan kuning telur, esen vanila, butter, gula dan 3 cawan tepung..(jgn uli..gaul dgn hujung jari saja)
Jika terlalu lembut,tambahkan sedikit lg tepung gandum sedikit demi sedikit hingga sebati
Bentukan kecil2 seperti buah kana atau bulat2..(saiz agak2 muat paper cup jgn terlalu besar-nanti dh bakar ia kembang)
Bakar dlm oven 160c antara 10-15min..
Sejukan kuih...


Toping:
Cairkan coklat masak dgn minyak jagung (double boil) smpai betul2 cair
Masukan kuih yg sudah di bakar dlm paper cup satu persatu...
Gunakan sudu kecil/sudu makan..tuangkan coklat masakn yg sudah cair keatas biskut sampai memenuhi paper cup atau smpai kuih tertutup..
Tabur badam cincang sbg hiasan...

Tandoori Lamb Chef Wandy(Indian Cuisine)

Bahan-bahan:


2 ketul rusuk kambing
1/2 cawan yogurt plain
2 sudu besar jus lemon segar/cuka
1 sudu besar bawang putih - cincang
1 sudu besar halia - kupas dan parut/hancurkan
1 sudu besar jintan
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh cili padi
1 /4 sudu teh serbuk pelaga
1/4 sudu teh cengkih
1/4 sudu teh lada hitam
2 sudu teh garam, atau sesuai selera
Minyak kelapa, untuk gris
Tangkai daun ketumbar segar untuk hiasan
Hirisan timun, bawang merah, tomato dan lemon, untuk hiasan


Cara-cara:


Cucukkan daging di seluruh dengan garpu untuk membolehkan rempah untuk menembusi. Letakkan di pinggan nonreactive.
Dalam mangkuk nonreactive, masukkan yogurt, air limau nipis atau cuka, bawang putih, halia, jintan, ketumbar, cili padi, pelaga, cengkih, lada hitam dan garam
Gaul sebati lalu tuangkan campuran itu di atas rusuk tadi dan lumurkan rata.
Tutup dan dinginkan 8 jam atau semalam. (Jangan mengasinkan selama lebih dari 2 hari.)
Keluarkan ia dari peti ais minima 30 minit sebelum dimasak.
Tekan ringan  rusuk untuk mengekstrak kelebihan rempah, dan berus dengan minyak.
~Jika anda menggunakan panggangan arang, siapkan api untuk memasak.
Kedudukan rak panggangan 5 inci dari api. Biarkan bara membakar sampai abu putih meliputi dan panas adalah sedang.
Letakkan rusuk di rak grill dan grill tertutup, dengan pengudaraan terbuka, menukar 3 atau 4 kali, 45 minit
~Jika membakar, panaskan oven sampai 450c Letakkan ayam di rak dalam periuk panggang, dan masak, balik sekali, 25 hingga 30 minit


Cadangan Hidangan: 2 orang
Sajikan dengan tangkai dari cilantro dan hirisan timun, bawang merah, tomato, dan lemon.
Dimakan bersama nasi kandar


Per hidangan(tanpa timun, bawang merah, tomato atau lemon, untuk hiasan): 303 kalori, 33 peratus kalori dari lemak protein, 45 gram, 3 gram karbohidrat, 0,54 gram serat total, total 11 gram lemak, 124 miligram kolesterol, 707 miligram natrium.

Fruit Punch

Bahan-bahan:


100 gm melon - potong kecil
100 gm nangka - potong kecil
100 gm limau mandarin - potong kecil
100 gm strawberi - potong kecil
1 sudu makan biji selasih
100 ml air limau nipis
159 ml air
150 gr gula pasir
350 ml air soda
ais secukupnya
*buah2 ikut selera la ye.


Cara-cara:


Larutkan gula dalam air panas hingga larut.
Sejukkan kemudian campur dengan air limau nipis dan kacau rata.
Masukkan dalam gelas bersama biji selasih
Letakkan buah tembikai, nangka, limau mandarin strawberi (ikut suka).
Tuangkan air limau nipis kedalam gelas berisi buah.
Masukkan air soda sebelum dihidangkan.
Tambah ais batu. Sajikan.

Sotong Bakar



Bahan-bahan:


500 gm sotong - buang kepala, bersihkan.
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap cendawan
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu teh air limau nipis
1 sudu teh garam
2 sudu besar pes cili(cili kering blend)


Cara-cara:


Sotong dihiris jejari melintang jangan putus (seperti gambar diatas
Hiriskan bawang putih dan bawang merah, lalu tambahkan sos tomato, sos cendawan, air limau nipis, garam, dan serbuk lada, gaul hingga rata.
Masukkan sotong, gaul rata, lalu simpan dalam peti ais selama 1 jam.
Masukkan campuran sotong tadi ke dalam kuali hingga 1/2 masak, angkat, lalu panggang sotong hingga masak dan berwarna kuning kecoklatan, angkat.

Sambal Hitam Bilis


Bahan-Bahan:

5 biji belimbing buluh hitam - rebus hingga hitam keperangan
3 ulas bawang merah (kecil)
5 ulas bawang putih
10 biji cili padi
segenggam ikan bilis
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula ikut suka 


Cara-cara:

Tumbuk cili di ikuti bawang, pastu masukan ikan bilis dan akhir sekali tumbuk belimbing hitam (jangan terlalu hancur)
Tumis bahan tersebut sampai masak (tapi jangan terlalu garing) Kalau nak lagi sedap, tambahkan bawang besar yang dipotong bulat.

Cadangan Hidangan:

Boleh dimakan bersama nasi putih, nasi lemak atau sebagai perencah untuk nasi goreng

Sambal hitam bilis ini sangat terkenal di Pahang khasnya di Kuala Lipis.. Kini telah merebak mungkin disekitar negeri2 lainnya.
Sambal ini dibuat dari belimbing buluh yang telah direbus hingga hitam selama 8-9jam (melalui proses tertentu-xramai yang tahu penyediaan masak belimbing hitam ni) di tumbuk dicampurkan bersama lada kecik, bawang kecik atau besar serta ikan bilis dan sedikit garam.
Ditumis ke dapur sehingga naik bau kira masak laa tu....
Secara tradisional, sambal ini dimasak menggunakan periuk tanah  dan dapur arang kayu bakau
Penyediaan sambal hitam @ sambal belimbing rebus ini memerlukan kesabaran yang tinggi (secara tradisional ia memakan masa 3hari mungkin rumit bagi sesetengah orang yang belum tahu tentang proses pembuatannya tapi ianya begitu enak, lebih sedap jika di makan bersama ulam-ulaman berasaskan sayuran salad, pegaga dan lain-lain.
Sambal ini bertahan 7 hari(jika diluar), 3tahun(dalam peti ais), 1hari(jika di bawah saji-habis dimakan :p)
Sambal ini saya buat tanpa menggunakan bahan perasa(ajinomoto)
Selamat mencuba!

Beef Omeltte

Bahan-bahan:


100 gm daging lembu - cincang
2 biji telur ayam
1 sudu besar tepung maizena
2 sudu besar air
garam dan lada secukupnya


Cara-cara:


Pukul telur dan masukkan daging, tepung maizena, air, garam dan lada.
Gaul rata
Dadar adunan di kuali hingga kuning dan masak.
Hidangkan omelet dengan tambahan sos sambal atau sos tomato diatasnya.

Chicken Cordon Bleu

Bahan-bahan:


2 dada ayam tanpa kulit
2 helai hirisan roast beef (daging lembu panggang)
2 sudu teh mustard
garam & lada secukupnya


Kulit:
tepung gandum (plain flour)
tepung roti (bread crumbs)
1 biji telur- pukul


Cara-cara:


Belah dada ayam secara melintang (melebar), tapi jangan sampai terpotong. Buka di tengah, lumuri dengan mustard, garam & lada.
Letakkan roast beef di tengah2 dada ayam, tutup kembali.
Bila perlu, tusuk dengan pencungkil gigi agar tidak terbuka.
Simpan dalam peti ais selama 30 minit.
Lumur dada ayam dengan tepung gandum, lalu celupkan dalam telur. 
Setelah itu lumur dengan tepung roti hingga seluruh permukaan dada ayam terlapis.
Goreng dengan api kecil dulu.
Setelah 3/4 masak, besarkan api.
Jangan lupa buang pencungkil gigi selepas menggoreng, sebelum menghidangkan.
Sajikan dengan cream corn, salad, sos tomato.

Nasi Tim Ayam(Indonesian Cuisine)

Bahan-bahan


Nasi:
400 gram beras
1 ekor ayam - potong 2, rebus( ambil 100ml stok utk nasi, 500ml stok utk kuahnya)
150 gram cendawan merang - bersihkan, belah 2
1 1/2 liter air
6 biji bawang putih - cincang
3 sudu besar kicap masin
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh lada serbuk
1 sudu teh garam


Kuah ayam:
150 gm sawi pak choy
1/2 sudu teh lada serbuk
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh garam


Sambal cuka:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh cuka
1/2 sudu teh gula pasir
25 ml air


Cara-cara:


Nasi:
Isi ayam dipotong dadu.
Tumis 3 ulas bawang putih sampai harum, masukkan potongan daging ayam, cendawan, 1/2 sudu teh serbuk lada, kicap masin, dan minyak bijan, kacau rata.
Tambah 100ml stok ayam, gaul rata. Biar hingga masak
Tumis 3 ulas bawang putih, lalu masukkan beras yang telah dicuci bersih, 1/2 sudu teh serbuk lada, dan garam, gaul rata, angkat, lalu bagi menjadi 6 bahagian.
Bagi tumisan isi ayam menjadi 6 bahagian, lalu masing-masing diletakkan pada dasar mangkuk, tambahkan di atasnya 1 bahagian adunan beras.
Tuang 100 ml kaldu ayam pada setiap mangkuk, lalu kukus hingga masak.


Kuah:
Didihkan stok ayam, masukkan serbuk lada, garam, dan garam, gaul rata, lalu masukkan sawi pak coy, segera angkat setelah mendidih.


Sambal cuka:
Potong kasar cili merah, rebus sebentar, angkat, toskan.
Hiriskan bawang putih dan cili merah, lalu tambahkan garam, cuka, gula, dan air, gaul rata.


Cadangan Hidangan: 6 Orang

Soto Ayam


Bahan-bahan:


1 ekor ayam (yang agak besar)
4 batang daun bawang - potong kecil
3 batang saderi - potong kecil
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu teh Cuka
100 gm Kerepek kentang
100 gr Suun - rendam air panas, toskan
4 biji Telur ayam - direbus, kulitnya dikupas
2 sudu besar Bawang goreng
minyak secukupnya


Hiris halus:
5 biji Bawang merah
8 ulas Bawang putih
1/2 cm Halia
1 sudu teh serbuk lada
Garam secukupnya


Cara-cara:


Ayam direbus hingga empuk, asingkan dari kuahnya(
 2 1/2 liter)

Potong ayam nipis - nipis, goreng hingga setengah kering, toskan.
Tumis bahan hiris sampai harum.
Tambah kuah ayam, masak hingga mendidih.
Tambahkan daun bawang, kicap, cuka dan garam, adun sebentar dan angkat.
Letakkan suun, ayam, dan telur di dalam mangkuk.
Taburi bawang goreng dan hirisan saderi.
Tambah air limau nipis, sajikan dengan kerepek kentang.


Untuk Sambal Soto:


Hiris:
5 biji Cili merah - direbus
10 biji Cili padi - direbus

1 ulas Bawang putih - digoreng

Tambah garam dan gula pasir secukupnya.
Tambah 4 sudu besar air, siap disajikan dengan soto.

Sate Sumatra

Bahan - Bahan:


1 kg daging/ayam
1 biji kelapa - dibuat santan
Lidi Sate


Rempah:
15 biji cili merah
6 biji bawang merah
1 sudu teh jintan
3 biji jintan manis
1 cm lengkuas
4 ulas bawang putih
6 butir kemiri
2 helai daun limau purut
1 sudu besar ketumbar
garam, halia dan daun kunyit


Cara-cara:


Daging dipotong sederhana.
Semua bahan rempah ditumbuk halus, kecuali daun limau purut
dan daun kunyit
Masukkan ke dalam periuk yang mengandungi santan,
begitu juga daging dan garam terus dimasak sampai kering airnya
dan perisian.
Kemudian tusuk ke lidi, bakar dengan api sedang.
Seperti biasa, balik-balikkan sampai masak.

Sphagetti Carbonara

Baha-bahan:


1/2 paket spaghetti - rebus(10-12 minit), bilas dengan air rebusan, toskan
1 sudu besar mentega
1 tin sos pasta putih (prego etc)
3 ulas bawang putih - cincang
1 bawang besar - dadu
7 ketul cendawan butang - dihiris sederhana nipis
10-15 ekor udang sederhana besar - dibuang kulit

1-2 batang celery - dihiris
lada sulah
garam (optional)
1/2 tin air (tin prego)


Sedikit daun parsley - cincang untuk hiasan.
Sedikit keju parnesan - parut untuk hiasan



Cara-cara:



Panaskan mentega dan tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau.
Masukkan sos pasta dan air, biarkan sehingga hampir mendidih(jgn lupa mengacau supaya tak berketul.
Masukkan udang, batang celery dan cendawan.
Masukkan lada sulah dan garam.
Bila dah mendidih padamkan api.
Letakkan spaghetti atas pinggan, tuang sosnya, garnish dengan pasley dan keju.
Hidang panas.

Puding Triffle


Bahan-bahan:


1 tin fruit koktel
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
4 sudu besar t epung kastard
1 swiss roll (kopi/koko)
1 kotak cystal jelly (perisa strawberi)


Cara-cara:


Potong swisroll, susun dlm mangkuk transparent, tuang air koktel (air saje). Masak susu cair, gula, n tepung kastard sampai pekat.
Bila agak sejuk, tuang atas kek tadi n tabur buah koktel cantik2.
Bleh jgk tambah slice peach kalo nk cantik.
Masak instant jelly ikut arahan pd kotak. tuang atas fuit tadi. dah siap.
Kalau untuk hantaran bleh hias dengan whipping cream kt tepi.

Cream Custard

Bahan-bahan ( 600ml )


450ml susu segar/ susu cair
* 2 sudu besar tepung
* 75g gula
* 1 1/2 sudu besar corn starch
4 biji telur kuning
2 sudu besar mentega
sedikit esen vanila


Cara-cara


Letak susu dalam mangkuk.
Panaskan dengan microwave selama 3 minit tanpa tutup.
Ayak bahan-bahan * . 
Kemudian masukkan ke dalam mangkuk tadi. Kacau biar sebati.
Kemudian masukkan kuning telur sikit demi sedikit sambil dikacau.
Tanpa ditutup mangkuk tadi. Masukkan ke dalam microwave selama 5 minit. Dalam masa 5 minit tersebut, bawa keluar 3 kali untuk dikacau.
Bila dah siap, keluarkan dari microwave.
Masukkan mentega dan kacau cepat-cepat.
Bolehlah dimakan dengan roti, sebagai inti pau dan sebagainya.

Cream Puff





Bahan-bahan

100ml air
45g butter - suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum - diayak
2 biji telur(100g)


Cara-cara:


Panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Masukkan telur ke dalam mangkuk, pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk.
Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Tutup apinya.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
Masukkan telur, kacau cepat-cepat
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Pipe kan ke atas dulang anggaran diameternya ialah 5cm.
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air.
Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit.
Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit.
Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastard krim.
Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...