Isnin, 15 November 2010

Dadih


Bahan -bahan:


1 liter susu segar - pelbagai perisa
2 cawan air
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula


Cara-cara:

Masakkan agar-agr dan air sehingga mendidh.
Masukkan gula dan kacau.
Masukkan susu.
Masukkan adunan kedalam cawan kecil dan sejukkan.
Simpan dalam peti sejuk semalaman.


p/s: Dadih telah 
digantikan 
dengan pelbagai perisa.


Untuk menambah kelazatan, boleh juga diisi buah2an (cth: dadih strawberi dicampur bersama buah strawberi)

Fruit Tartlets (Tat Buah)



Bahan-bahan:


125 gm butter
125 gm majerin
60 gm gula halus
1 biji kuning telur gred A
400 gm tepung gandum


Keju Krim:
250 gm keju krim
50 gm butter
50 gm gula halus
(Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat)


Hiasan - ikut suka
buah peach
strawberi
kiwi
anggur merah
jelly apricot (utk sapuan atas)


Cara-cara:


Gaulkan butter, majerin dan gula sehingga sebati
Masukkan telur dan kacau rata
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
Masukkan adunan dalam acuan tat & tekan nipis dan potong atas tepi acuan.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 selama 12 - 15 minit.
Keluarkan tat dan sejukkan.
Masukkan adunan krim keju dan hiaskan dengan buah.
Sapukan sedikit jeli apricot dan hidangkan.


Sekiranya tak suka Krim Keju boleh gantikan dengan krim kastard.

Fruit Tartlets (Tat Buah)


Bahan-bahan:


125 gm butter
125 gm majerin
60 gm gula halus
1 biji kuning telur gred A
400 gm tepung gandum


Keju Krim:
250 gm keju krim
50 gm butter
50 gm gula halus
(Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat)


Hiasan - ikut suka
buah peach
strawberi
kiwi
anggur merah
jelly apricot (utk sapuan atas)


Cara-cara:


Gaulkan butter, majerin dan gula sehingga sebati
Masukkan telur dan kacau rata
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
Masukkan adunan dalam acuan tat & tekan nipis dan potong atas tepi acuan.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 selama 12 - 15 minit.
Keluarkan tat dan sejukkan.
Masukkan adunan krim keju dan hiaskan dengan buah.
Sapukan sedikit jeli apricot dan hidangkan.


Sekiranya tak suka Krim Keju boleh gantikan dengan krim kastard.

Roti Arab

Bahan-bahan:

500 gm tepung hi-protein
1 paket yis mauripan - gaul rata 
50 gm gula kastor/halus
Secubit garam 
250 ml air suam 
6 sudu besar shortening/lemak sayur..(warna putih) 


Cara-cara:
 

Masukkan bahan semua kedalam adunan tepung dan uli rata selama 30 minit. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab. 
Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 atau 45 minit) 
Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar. 
Bahagikan supaya menjadi ketulan kecil. 
Leperkan dan biarkan adunan naik semula (anggaran 15 minit)
Masukkan adunan yg telah naik dalam kuali tak lekat [non-stick pan]...jangan gunakan minyak. 
Panaskan dengan api yg paling kecil. Tutupkan kuali. 
Masakkan dua-dua belah adunan sehingga agak kekuningan/garing. 
Angkat dan hidangkan dengan ayam cincang, kari atau rendang ayam/daging.

Donut

Bahan-bahan:


Bahan A 
600 gm tepung gandum 
100 gm tepung naik sendiri 
100 gm gula 
30 gm susu tepung 
1 sudu teh garam 
1 paket yis mauripan 


Bahan B 
1 biji telur - pukul sikit
330 ml air suam 
60 gm majerin 
1 sudu teh bread softener 


Bahan C
500 ml minyak 
1 sudu besar majerin 


Cara -cara:


Gaulkan semua bahan A supaya sama rata. 
Masukkan pula bahan B dan kacau rata selama 20 minit. 
Biarkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda. 
Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut. 
Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit. 
Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api. 
Goreng donut sehingga kuning keemasan. 
Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan. 

Puding Raja

Bahan-bahan:

15 biji pisang lemak manis/pisang tanduk separuh masak 
6 keping jala mas
buah ceri merah/hijau
gajus - goreng tanpa minyak

Sos:
1 cawan tepung kastard - ditapis
750 ml air
2  cawan susu segar dutch lady
1 cawan gula kastor
2 bii telur merah
1 sudu esen vanila
sedikit garam

Cara-cara:

Pisang digoreng dengan minyak hingga keemasan.
Campurkan semua bahan sos ke dalam periuk ,pukul sebati
Masak di atas api sederhana, kacau agar tidak berketul hingga likat
Angkat dan curah dalam bekas
Atur pisang secara tanam/tekan hingga hampir dasar bekas. 
Ratakan.Taburkan jala mas yg telah dilerai , kemudian hias dengan ceri dan gajus. sejukkan dalam peti ais.

Puding ini sedap sebab terasa pisang yg digoreng dan jala mas ...

Agar-agar Kering

Bahan-bahan:


50g agar-agar 
400 gram gula batu
1 cawan gula serbuk
2 helai daun pandan
8 cawan air
air mawar/esen rose
pewarna (ikut suka)


Cara-cara:


Rendam agar-agar dalam air selama beberapa minit, toss hingga kering.
Rebus agar-agar dalam periuk bersama air, gula pasir, gula batu dan daun pandan.
Renjiskan sedikit air mawar.
Agar-agar di bahagikan dalam bekas berlainan dan titiskan pewarna (1 bekas, 1 warna).
Biarkan sejuk pada suhu bilik sampailah ianya mengeras.
Gunakan pisau zig zag/biasa/mengikut acuan tersendiri dan potong agar-agar.

Laici Kang

Bahan-bahan:


40g gula melaka
50g gula kastor
40g biji teratai - direndam
10 biji longan - keringkan
10 keping bunga lili kering - direndam
1 sudu besar biji selasih
1 sudu besar biji sagu - basuh, toskan
2 sudu besar barli - basuh, toskan
kacang atau almond - goreng kering
fungus putih - rendam hingga kembang dan potong kecil2
1 tin laici
700ml air
1 sudu teh esen ros
Ais


Cara-cara:


Masak gula melaka, gula kastor dan air hingga gula larut
Masukkan biji teratai, longan kering, bunga lili kering, biji selasih, sagu & barli
Biar mendidih hingga biji teratai dan bunga lili lembut
Masukkan kacang, laici dan fungus putih
Masukkan esen ros dan kacau sebati
Tambahkan ais, hidangkan.

Teh Tarik Kaw

Bahan-bahan:


2 sudu besar serbuk teh wangi - sukatan mengikut kepekatan teh
2 sudu besar susu pekat
1 cawan susu segar/susu lembu
air panas mendidih
garam


Cara-cara:


Rendamkan sudu di dalam air panas bercampur dengan sedikit garam
Masukkan serbuk teh di dalam bekas tapis teh yang panjang(seperti kedai mamak tu...) dan rendamkan dengan air panas mendidih dalam lebih kurang 5 min untuk mendapakan kepekatan teh.
Sementara itu di dalam bekas air tuangkan sedikit susu segar dan campurkan dengan susu pekat(kebiasannya memang manis-bergantung pada anda)
Kacaukan supaya susu larut bersama2 dengan air
Setelah itu campurkan rendaman teh tadi ke dalam bekas air yang bercampur dengan susu dan kacaukan dengan menggunakan sudu yang telah direndamkan tadi
Tuangkan ke dalam cawan sambil ditarik untuk mendapatkan buih.


p/s: (Biasanya di India, teh tarik dibuat dengan memasakkan airteh di atas dapur dengan dicampurkan dengan susu lembu dan biarkan ianya mengelegak dan tapiskan tehnya.
Tarik berulang kali utk mendapatkan buih (lebih kurang 3 kali)

Strawberry Milkshake

Bahan-bahan:

1 cawan buah strawberi + 1 biji pisang - cuci
2 sudu besar gula pasir - ikut suka
1 1/2 cawan susu segar lf/fc yang sejuk
Ice-cream vanila/strawberry
Ekstrak pisang
Ekstrak strawberry

Cara-cara:

Kisar semua bahan diatas kecuali ekstrak pisang/strawberi sehingga hancur dan creamy.
Tuangkan ke dalam gelas, letakkan 2 jenis aiskrim vanila/strawberi
Tuangkan sedikit ekstrak strawberi dan pisang.

p/s: Jika suka boleh juga ditambah dengan roll stick dan coklat.

Susu Coklat

Bahan-bahan:


1/2 cawan serbuk koko(vanhoutten)
3 cawan susu segar
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
1 cawan whipping cream
1/2 camt esen vanila
parutan chocolate

secubit garam


Cara- cara:


Masukkan serbuk koko dan gula di dalam mangkuk tahan panas, kacau rata
Masukkan pula air panas dan kacau dengan menggunakan hand whisker dengan api yang perlahan
Masukkan susu, whipping cream, garam dan kacau sehingga sebati dengan api sederhana panas, kacau sehingga  keluar wap (jangan pula sampai mendidih)
Tutupkan api dan masukkan esen vanila, kacau rata
Tuangkan ke dalam mug dan masukkan parutan chocolate.
Hidangkan panas.


p/s: Untuk mendapatkan softy n creamy pukul hot chocolate dalam pengisar selama 1 minit.

Cendol


Bahan-bahan:


1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh kapur + air = air kapur (pekat)
10-12 helai daun pandan - kisar halus dgn 2cwn air, tapis.
3 cawan air
sedikit ais
secubit garam


Cara-cara:


Satukan kesemua tepung, air kapur, garam, 1 cawan air ke dalam mangkuk dan tuangkan jus air pandan sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati dan tidak berketul.
Tapiskan adunan ke dalam periuk tahan panas
Masak dengan api sederhana panas sehingga berkilat dan tidak melekat di periuk(kacau selalu supaya ianya sekata)
Setelah siap padamkan api.
Sediakan mangkuk besar berisi dengan ais dan air sejuk
Masukkan adunan ke dalam acuan muruku dan tekan terus ke dalam air tadi
sehingga habis.
Biarkan ianya menjadi betul-betul keras di dalam air tersebut.


p/s: Jika hendak disimpan di dalam peti ais, pastikan ianya di simpan bersama air.
Jangan membiarkan adunan menjadi sejuk sendiri (perlu dibuat cepat)kerana jika ditekankan ke dalam acuan adunan ia akan menjadi lembik dan terburai di dalam air dan tidak menjadi keras.


Cadangan Hidangan: 


Boleh dibuat air cendol (ais, santan, kacang panggan, gula melaka-manisan)
Boleh juga dibuat cendol pulut tapai (ais kepal/kisar, santan, tapai pulut, dan gula melaka-manisan)

Chicken Pie



Bahan-bahan:


Pastri:
280gm tepung gandum - ayak
150g butter
60-70ml air sejuk
kuning telur - untuk sapu

sedikit garam/gula


Inti:
3 sudu besar minyak zaitun
3 biji bawang merah - dicincang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
300gm dada ayam - dipotong kiub
200gm ubi kentang - dipotong kiub
200gm cendawan dlm tin - cuci dan hiris (blh juga guna cream mushroom)
60gm mixvege
1 sudu besar sos tiram
garam, gula, serbuk lada sulah - secukupnya
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air - larutkan


Sos (putih):
30gm butter
100ml susu segar
30g tepung gandum - ayak
200ml air


Cara-cara:


Inti:
Goreng kentang 1/2 masak, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau
Masukkan ayam, cendawan dan mixvege, kacau hingga masak
Masukkan gula,garam, sos tiram,lada sulah lainnya.
Masak hingga sedikit kering kemudian angkat. Sejukkan.


Sos:
Cairkan butter, masukkan tepung dan kacau selama 2 minit
Masukkan susu, air dan kacau hingga pekat
Angkat dan campurkan dengan bahan inti tadi, biarkan sejuk.


Pastri:
Gaul tepung, garam, gula dan butter(guna tangan je)
Masukkan air sedikit demi sedikit (jgn banyak nanti doh jadi lembik).
Uli menjadi doh, (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).
Bungkus dan simpan didalam peti ais selama 20-25 minit.
Canaikan pastri 1/2 cm tebalnya, dan terap ke acuan.
Ratakan perlahan2 hingga menutupi keseluruhannya. Potong lebihannya.
Masukkan inti, basahkan pastri dan tutup dengan sekeping pastri lagi.
Guna garfu, tekan kelilingnya
Sapu kuning telur kemudian cucuk atasnya dengan hujung pisau (memudahkan masak)
Bakar pada suhu 180c selama 30 minit atau sehingga masak dan keperangan.
Sejukkan pie, sebelum keluarkan dari acuan.

Marshmallows

Bahan-bahan:


1 cawan gula aising
2 sudu besar + 1 1/2 sudu teh gelatin
1 cawan air sejuk - dibahagi dua
2 cawan gula pasir
1/2 cawan sirap jagung(boleh juga guna golden syrup)
1/4 sudu teh garam
2 biji telur putih
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara:


Gris loyang 4 segi bersaiz 13x9x4 dan taburkan sedikit icing sugar. ketepikan.
Satukan gelatin dan 1/2 cawan air sejuk ke dalam mangkuk, kacau dan biarkan sehingga beku.
Panaskan gula, sirup jagung, 1/2 cawan air sejuk dan garam dengan api yang sederhana panas
kacau sehingga gula larut.
Kuatkan api dan biarkan sehingga mendidih(xperlu dikacau)
Angkat dan masukkan ke dalam campuran gelatin tadi, kacau sehingga sebati
Pukul adunan sehingga gebu, pekat dan adunan naik 3 kali ganda selama lebih kurang 10 min, ketepikan
Dalam mangkuk yang lain pukul putih telur dengan esen vanila sehingga berbuih
Tuangkan ke dalam campuran gelatin yang telah dipukul tadi, pukul lagi hingga sebati
Setelah itu tuangkan ke dalam loyang yang telah disediakan dan taburkan sedikit gula aising.
Biarkan semalaman atau sekurang2nya 3 jam(xperlu ditutup)
Keluarkan dari loyang dan potong marshmallow tadi selebar 1 inci(ikut suka)
Golekkan marshmallow ke atas gula aising dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara atau hidangkan dengan susu coklat panas.

Sata Ikan


Bahan-bahan:


1/2 biji kelapa
3 ekor ikan kembung
3 biji bawang merah
5 biji cili merah
1/2 cm halia
daun pisang


Cara-cara:


Bersihkan ikan, buang tulang, salut/gulung dengan kelapa, cincang daging cincang halus.
Masukkan bawang merah, cili merah dan halia sementara salut lagi sehingga sebati.
Isi kon dengan campuran dan tutup bahagian atas.
Ulangi sampai semua dilakukan mengisi kon.
Cucuk kon pada buluh etc dan panggang sampai masak.



p/s: Sata merupakan campuran menarik ikan tanpa tulang segar yang direndam dalam rempah-rempah, dibungkus daun pisang dan dipanggang di atas api arang menyala.
Rasa manis dan pedasnya menjadi pembuka selera ketika bersantai bersama keluarga.


Selain ikan, sata juga telah dikomersialkan dengan makanan laut seperti sotong, udang juga ketam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...