Rabu, 17 November 2010

Opor Ayam

Bahan-bahan:


1 ekor ayam sedang
1 liter santan cair
1/2 liter santan pekat
1 batang serai - titik
2 lembar daun salam
2 lembar daun limau purut


Rempah:
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jinten
1/2 cm lengkuas
5 batang kemiri
lada, garam, gula


Cara-cara:


Ayam di potong, cuci hingga bersih.
Tumis rempah sampai baunya harum, tambahkan daun salam, serai.
Masukkan ayam, gaul hingga rata, biarkan sampai layu, tambahkan santan cair
Setelah agak surut, tambah santan pekat
Angkat setelah empuk.

Udang Panggang

Bahan-bahan:


1 kg udang
2 biji limau nipis
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu teh mentega
4 sudu besar minyak
garam, cuka secukupnya


Cara-cara:


Bersihkan udang kemudian, masukkan limau nipis, garam dan cuka.
Biarkan ianya sebati, kemudian angkat dan toskan.
Hiriskan bawang merah dan bawang putih
Masukkan sedikit minyak kemudian rebus udang hingga naik bau.
Adun mentega kemudian campur rata dengan udang dan biarkan hingga meresap.
Panggang diatas api.

Angeun Kacang Beureum (Javanese Cuisine)

Bahan-bahan:


300 gram kacang merah
1 liter air
1 helai daun salam
1 cm lengkuas
2 tangkai cili merah - belah 2
1 biji buah tomato - belah 4
2 batang daun bawang - potong setiap 2 cm
Rempah:


5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 sudu teh belacan / udang kering
1 sudu besar gula merah
1 sudu teh garam
1 sudu besar air asam Jawa


Cara-cara:


Rebus kacang merah hingga setengah empuk bersama lengkuas dan daun salam.
Masukkan semua rempah, masak hingga kacang empuk (tapi jangan sampai pecah).
Masukkan cili merah, tomato dan daun bawang. Masak hingga cukup layu.
(Sajikan panas)



p/s: Sup ini dari Jawa, yang dikenali sebagai sup dari Sunda, rasanya enak dengan sedikit rasa manis dan memberikan sesuatu yang berbeza ...

Ayam Goreng Bogor(Indonesian Cuisine)

Bahan-bahan:


1 ekor (600 gm) ayam  - Cuci bersih, rendam air kapur
1 cm lengkuas
1 batang serai


Seasoning:
6 bji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh lada
2 cm kunyit
4 batang serai
1/2 cm halia
1/2 sudu teh gula merah
1 sudu teh garam
1 sudu besar air asam jawa


Cara-cara:


Cuci bersih ayam dari air kapur tadi, toskan.
Campur ayam dengan semua rempah-rempah
Goreng hingga kecoklatan.
Angkat


p/s: Ayam goreng bogor lebih sedap jika menggunakan ayam kampung. Kalau tiada blh juga guna ayam yang kadar lemak yang sedikit
Untuk kurangkan lemak, tambah air lebih ketika anda mencampur ayam dengan rempah-rempah



Ini adalah salah satu ayam goreng di Indonesia, tetapi yang satu ini dari Bogor, kota hujan di Indonesia yang terkenal dengan Taman Raya Bogor.
Untuk makanan ini, enak jika anda menggunakan ayam yang tumbuh secara alami dengan ayam sedikit lemak.

Sweet Centik(Indonesian Cuisine)

Bahan-bahan:


1 pek (90 gr) tepung hunkue 
900 ml santan pekat
150 gm gula
75 gm biji sagu kering
3/4 sudu teh garam
Daun pandan


Cara-cara:


Rebus biji sagu hingga masak dan bening
Masukkan air sejuk untuk mengelakkan melekat, kemudian tos.
Rebus 700 ml santan dengan garam, daun pandan dan gula sampai mendidih.
Sementara itu, campur tepung hunkue bersama  200 ml santan sampai rata.
Angkat daun pandan, kemudian masukkan larutan tepung hunkue ke dalam santan yg telah mendidih.
Masak dengan api kecil sampai adunan tebal dan jelas.
Masukkan biji sagu dan kacau rata.
Siapkan plastik, masuk 1 1/2 sudu besar adunan, kemudian bungkus.
Proses harus dibuat cepat semasa adunan panas.sebelum beku.
Boleh juga dimasukkan ke dalam acuan2 kecil, dinginkan dalam peti ais

Udang Petai Balado (Indonesian Cuisine)

Bahan-bahan:


500 gram udang - buang kepalanya
15 biji petai
8 tangkai cili merah
8 ulas bawang merah
4 biji bawang putih
1 buah tomato - belah 4
1 sudu besar air asam
2 helai daun limau purut 
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir


Cara-cara:


Goreng udang hingga masak, angkat, toskan.
Hiris cilii merah, bawang merah, dan bawang putih, lalu tumis hingga harum dan naik bau.
Masukkan petai, tomato, air asam, daun limau, garam, dan gula, adun rata.
Setelah petai setengah masak, masukkan udang yang telah digoreng, adun rata, angkat.



Cadangan Hidangan: 5 orang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...