Ahad, 31 Oktober 2010

Sate Ayam



Bahan-bahan ( 2-3 org makan )


400gm daging ayam tanpa tulang-dipotong kecil2
1/2 sudu teh garam
40gm gula
lidi sate (direndam dgn air)
3 sudu besar minyak


Bahan dikisar:


4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras (utk pekatkan kuah dan sedapkan rasa.)
1 cm lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar - disangrai
1/2 sudu teh jintan manis - disangrai
1/2 sudu teh jintan putih - disangrai
2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
4 sudu besar santan (guna susu cair sbb santan x de)
1 batang serai - titik sate


Cara-cara:


Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam. (Seeloknya perap semalaman).
Cucuk ayam pada lidi sate.
lebihan bahan perap tadi dicampur dgn 3 sudu minyak tadi dan renjis gunakan serai yg dititik semasa membakar sate.
bakar hingga masak dan hidangkan dgn nasi impit dan kuah kacang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...