Ahad, 31 Oktober 2010

Nasi Goreng Ayam Masak Paprik



Bahan-bahan:


Nasi goreng:
Ayam - potong dadu
Nasi
Kicap, cili boh, sos tiram, sos tomato
1 sudu besar pes tomyam
2 biji Bawang merah - hiris
2 ulas Bawang putih - hiris
Mix Vege (sayur campur)
1 biji telur
bahan perasa
daun bawang/sup - potong


Ayam paprik:
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
sayur2 spt bunga kubis, kacang buncis@panjang, carrot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa


Cara-cara:


Nasi goreng:

Masukkan sudu minyak masak kedalam kuali.
Masukkan bawang merah dan bawang putih.
Apabila sudah naik bau, masukkan sayur campur dan ayam.
Ketepikan  dan pecahkan sebiji telur. ketepikan.
Masukkan 1 sudu knorr sedap rasa.
Masukkan nasi dan gaul semuanya sehingga sekata.
Masukkan semua sos dan pes tomyam gaul sehingga sebati.
Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong ke dalam nasi.
Taburkan daun bawang dan bawang goreng di atas nasi sebelum dihidang. Untuk bau yang lebih menyelerakan.



Ayam paprik:
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...