Bahan-bahan:
Seekor ayam - basuh dan keringkan
1 cm halia - diketuk
2 sudu teh garam
Minyak bijan
Seulas bawang putih - dihiris halus
2 ulas bawang merah - dihiris halus
Setengah kilo beras wangi.
Daun pandan.
2 sudu besar minyak.
Kicap:
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk seasoning
1 sudu teh minyak bijan
2 camca sos soya (light)
200ml stok ayam
Campur dan kisar bahan2 diatas sehingga sama rata.
Cili:
100g halia
50g bawang putih
50g bawang merah
200g cili merah
5 biji limau kasturi - diperah jus
gula & garam secukup rasa serta beberapa hirisan tomato.
Campur dan kisar bahan2 diatas sehingga sama rata.
Cara-cara:
Panaskan air (sebanyak yang boleh dimuat seekor ayam) dalam periuk sederhana besar.
Masukkan cebisan halia yang diketuk dan garam secukup rasa. Biarkan air perlahan lahan mendidih.
Perlahankan api dan masukkan ayam. Biarkan ayam dipanaskan dalam api yang sederhana perlahan selama 45 minit.
Keluarkan ayam dan rendam ayam di dalam air sederhana sejuk selama kira kira 20 hingga 30 minit.
Buang air sejuk selepas ayam disejukkan, sementara air didih ayam tadi disimpan.
Sapu ayam tersebut dengan minyak bijan. Letak ke tepi ayam.
Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga berbau harum.
Tambahkan beras dan gaul sehingga rata.
Pindahkan nasi yang ditumis bersama bahan bahan tadi ke dalam periuk nasi.
Masukkan air didihan ayam yang digunakan sebelum ini. Masuk daun pandan. Biar sehingga nasi ayam masak.
Potong ayam kepada beberapa bahagian, mengikut citarasa dan kesesuaian.
p/s : Hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan kobis atau daun salad...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan