Ahad, 31 Oktober 2010

Ayam Goreng IncheKabin

Bahan-Bahannya :


1 ekor ayam - potong kecil2, buang kulit perap dgn garam dan jus lemon 15min.
1/3 cawan rempah kari
200 ml pati santan
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 ketul kiub ayam - tumbuk halus
1 camca besar serbuk cili
2 biji limau nipis, perah jusnya
3/4 camca besar gula
1 camca teh garam


Cara-cara:


Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes.
Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.
Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam.
Angkat dan sejukkan.
Panaskan minyak untuk goreng terendam.
Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.
Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasan, guna api sederhana untuk kali ini.

Ayam Teriyaki (Japanese Cuisine)

Bahan-bahan:
300g paha ayam1 sudu besar sake (atau boleh guna cuka biasa)4 sudu besar kicap manis4-5 sudu besar mirin (letak atau 2 sb sos plum + 2 sb. Sos tiram)2 sudu besar gula1 sudu besar minyak sayur

Cara-cara:

Letak sake, kicap, mirin dan gula dalam mangkuk.

Kacau rata dan perap ayam di dalamnya selama sekitar 20 minit.Panaskan minyak di periuk, goreng paha ayam kedua sisi dan biarkan sampai masak, coklat.Tuang dalam sos teriyaki yang untuk mengasinkan ayam di periuk dan terus masak hingga ayam berkilat.Angkat periuk dari api, sajikan di atas piring dan sos yang tersisa dari minyak gorengan.Sajikan ayam teriyaki dengan nasi atau daun salad.

Ayam BBQ

Bahan-bahan:


12 ketul kepak/peha ayam
4 sudu makan madu
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 inci halia
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili boh
1 sb sos Hoisin (jika ada)
Garam secukup rasa


Cara-cara:


Kisar kering ketumbar, jintan manis & putih.
Kisar/tumbuk halia, bwg merah & putih.
Gaul semua bahan2 tadi ke dalam ayam. Sesuaikan rasa manis & masinnya.
Perap semalaman @ sekurang2nya 2 jam supaya semua bahan2 td meresap masuk ke dalam isi ayam.
Panggang/bakar seperti biasa. Balik-balikkan ayam hingga masak.


p/s: Sedap makan begitu saja @ dengan nasi minyak dsbnya.

Ayam Rempah Madu

Bahan-bahan:-


1 ekor ayam - potong 10/12 bahagian, bersihkan, tos.
2 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
6 ulas bawang putih - ditumbuk
2 inci halia - ditumbuk
2 labu bawang besar - dikisar
2 sudu besar cili kering - dikisar
5 sudu besar madu
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar puri tomato
garam secukup rasa
1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat


Cara-cara:-


Gaulkan ayam bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. 
Perap ayam selama 2 jam (kalo nk sedap lg, perap semalaman)
Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai rempah kuah)
Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan.
Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau.
Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak.

Ayam Masak Tomato

Bahan-bahan:


6 ketul ayam - dipotong sederhana besar (gaul kunyit & garam, grg setengah masak & ketepikan)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar puri tomato
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
garam secukup rasa
3 sudu besar madu
sedikit air
1 labu bawang besar - dipotong bulat
sedikit minyak untuk menumis.

2 tangkai cili - dikisar
8 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 cm halia - dikisar



Cara-cara:-


Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah ratus (kayu manis, cengkih dan lawang) sebentar.
Masukkan bahan kisar dan tumis hingga cili naik minyak.
Masukkan sos-sos dan tomato puri. Kacau rata.
Masukkan sedikit air dan biarkan kuah agak pekat.
Masukkan madu dan garam secukup rasa. Kacau.
Masukkan ayam dan kacau balik hingga ayam bersalut rata dengan bahan tumisan tadi.
Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. (kalau nak berkuah sikit, lebihkan lg air)
Kacau balik hingga bawang agak layu dan tutup api.


p/s: Hidangkan dengan nasi tomato dan acar timun.

Ayam Bistik

Bahan-bahan :


1 ekor ayam sederhana - dipotong dan digoreng biasa hingga 3/4 masak
2 batang serai - dititik
50 g rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili - dibancuh dgn air
100 g puri tomato
2 biji tomato - belah 4
sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
rempah2 (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
1 sudu besar kicap pekat
2-3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos cili
garam
kacang peas


Bahan-bahan kisar:
7 biji bawang merah
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia


Cara-cara :


Tumis rempah2, serai dan bahan-bahan mesin hingga naik bau.
Kemudian masukkan bancuhan rempah beriani.
Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.
Setelah itu, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup.
Gaulkan sebati hingga masak.
Masukkan tomato dan kacang peas.
Hidangkan.

Nasi Minyak


























Bahan-bahan:

1 kg. beras Basmathi - dibasuh & disejat
150 ml minyak sapi (or blh juga 2sb. butter + 2 sb. minyak jagung)
2 helai daun pandan - di carik2 & disimpul)
155 ml air (or 4-5cwn air)
150 ml susu cair (kalo xnk tlalu lemak, letak 1/2 cawan je)
2-3 camb stok pekat ayam/2 kiub stok
garam secukupnya
80 gm gajus (or + kismis)


Bahan Tumis:
5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 buah pelaga


Bahan dikisar:
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm halia


Bahan hiasan :
50 gm bawang goreng
100 g peas hijau


Cara-Cara:


Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar.
Kacau hingga terbit bau.
Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
Bubuh air, garam, susu dan stok bsama daun pandan.
Kacau sekali-sekala hingga menggelegak.
Bila airnya kering, perlahan api dan tutup periuk. Biar ia masak.


p/s: Blh dihidang bsama lauk ayam golek + acar dll.

Ayam Masak Halia

Bahan-bahan


1 inci halia - dihiris
beberapa ketul Isi ayam
3 ulas bwg putih - di tumbuk
5 sudu sos tiram
garam/gula
minyak


Cara-cara:


tumis bawang & halia sampai wangi
masukkan isi ayam, masak sampai separuh masak.
masukkan sos tiram (tak perlu banyak)
masukkan air kalau nak berkuah.
akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.
sedia untuk dihidang.

Bebola Ayam

Bahan-bahan ( 15 biji )


1 1/2 cawan isi ayam - dicincang
1/2 cawan keju parmesan
1/2 cawan serbuk roti
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak/myk zaitun


Cara-cara:


Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali telur dan minyak
Pukul telur dengan garfu.
Masuk telur sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk campuran tadi sambil digaul.
Kalau adunan dah elok untuk buat bulat-bulat, berhentilah masuk telur. Tak payah habiskan.
Buatlah bulat kecil-kecil
Panaskan minyak dalam kuali. Masuklah ayam tadi. Goreng sehingga kekuningan.
Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam sos spaghetti anda.

Nasi Goreng Ayam Masak Paprik



Bahan-bahan:


Nasi goreng:
Ayam - potong dadu
Nasi
Kicap, cili boh, sos tiram, sos tomato
1 sudu besar pes tomyam
2 biji Bawang merah - hiris
2 ulas Bawang putih - hiris
Mix Vege (sayur campur)
1 biji telur
bahan perasa
daun bawang/sup - potong


Ayam paprik:
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
sayur2 spt bunga kubis, kacang buncis@panjang, carrot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa


Cara-cara:


Nasi goreng:

Masukkan sudu minyak masak kedalam kuali.
Masukkan bawang merah dan bawang putih.
Apabila sudah naik bau, masukkan sayur campur dan ayam.
Ketepikan  dan pecahkan sebiji telur. ketepikan.
Masukkan 1 sudu knorr sedap rasa.
Masukkan nasi dan gaul semuanya sehingga sekata.
Masukkan semua sos dan pes tomyam gaul sehingga sebati.
Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong ke dalam nasi.
Taburkan daun bawang dan bawang goreng di atas nasi sebelum dihidang. Untuk bau yang lebih menyelerakan.



Ayam paprik:
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Nasi Kerabu

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )


3-4 pot beras
1/2 biji kelapa parut
2 ekor ikan kembong - rebus
5 ulas bawang merah
1/2 keping gula melaka
sedikit lada hitam
1 inci halia
daun kesum
kacang panjang
kubis
taugeh
cili padi
1 biji limau nipis
cuka
budu


Cara-cara:


Nasi :
Basuh beras dan masak seperti biasa.
Kalau suka, boleh tambahkan sedikit pewarna. (Biasanya pewarna yg asli menggunakan bunga seri pagi - warna biru/purple).


Untuk sambal kelapa :
Tumbuk bawang merah dan halia sehingga lumat, masukkan lada hitam, tumbuk lagi dan masukkan gula melaka.
Seterusnya masukkan ikan yang telah direbus dan dibuang tulang.
Tumbuk sehingga lumat dan sebati semua bahan2 tadi, ketepikan
Goreng kelapa parut sehingga agak keperang-perangan.
Setelah itu, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan2 yang ditumbuk tadi.
Gaul sehingga semua bahan sebati dengan kelapa goreng.


Untuk kerabu :
Potong kacang panjang, daun kesom dan kubis.
Gaulkan sekali dengan taugeh.


Untuk Sambal cili:
Tumbuk cili bersama sedikit gula dan garam.
Perahkan limau nipis dan masukkan sedikit cuka.


Akhir sekali, hidangkan nasi kedalam pinggan, letakkan sambal kelapa, kerabu, sambal cili dan budu. Untuk lebih sedap, makan bersama daging panggang, telur masin dan keropok.

Siakap 3 Rasa





Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
sos ikan secukup rasa
sos tiram secukup rasa
garam
gula
serbuk kunyit
kicap soya
daun ketumbar
lobak merah
sedikit lada sulah
sedikit tepung jagung

Cincang halus:
8 tangkai cili merah
10 tangkai cili api
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5 sm halia
5 batang serai


Cara-cara:

Gaulkan garam,serbuk kunyit dan lada sulah bersama sedikit tepung jagung sehingga sebati.
Kemudian ,lumurkan pada ikan siakap yang telah dibersihkan dan goreng diatas api sederhana sehingga garing..ketepikan
Panaskan minyak untuk menumis. masukkan semua bahan yang telah dicincang. Goreng sehingga naik bau.
Masukkan dua cawan air dan tunggu sehingga mendidih.
Masukkan semua bahan perasa secukupnya dan biarkan masak .
Tuangkan diatas ikan yang telah digoreng tadi .
Sedia dihidang...

Kuah Kacang

Bahan-bahan:


300gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit


Dikisar dgn air:


6 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering - direndam
Segenggam udang kering - direndam


Asam jawa sebesar bola pingpong - dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 sudu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml


Cara-cara:


Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala.
Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
* Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi saya tak menggunakannya.
**Saya tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi.
Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.

Sate Ayam



Bahan-bahan ( 2-3 org makan )


400gm daging ayam tanpa tulang-dipotong kecil2
1/2 sudu teh garam
40gm gula
lidi sate (direndam dgn air)
3 sudu besar minyak


Bahan dikisar:


4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras (utk pekatkan kuah dan sedapkan rasa.)
1 cm lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar - disangrai
1/2 sudu teh jintan manis - disangrai
1/2 sudu teh jintan putih - disangrai
2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
4 sudu besar santan (guna susu cair sbb santan x de)
1 batang serai - titik sate


Cara-cara:


Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam. (Seeloknya perap semalaman).
Cucuk ayam pada lidi sate.
lebihan bahan perap tadi dicampur dgn 3 sudu minyak tadi dan renjis gunakan serai yg dititik semasa membakar sate.
bakar hingga masak dan hidangkan dgn nasi impit dan kuah kacang.

Ikan Kerapu 3 Rasa



Bahan-bahan ( 3 orang )


Seekor ikan kerapu
2 biji bawang putih - dicincang halus
5 biji bawang merah - dicincang halus
8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
2 biji tomato - dipotong dadu
2 kerat nenas - di potong dadu
2 sudu cili boh
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Sedikit daun ketumbar
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
Minyak


Cara-cara:


Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung.
Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan.
Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika.
Kemudian, masukkan pula nenas.
Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.


p/s: blh juga guna ikan lain.

Pes Tomyam

Bahan-bahan:


3 sudu besar cili kering - kisar
1 sudu besar udang kering - dikisar
1 sudu besar belacan
1 sudu besar asam jawa - dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
Sedikit Lengkuas - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 sudu besar gula
garam
2 sudu besar jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:


Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan campuran (cili kering+serai+lengkuas=kisar ) tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.


Tambahan:


Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. 
Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...