Isnin, 29 Jun 2009

Udang Mentega (Butter Prawn)

Bahan-Bahan:

1 kg udang galah/udang harimau - belah belakangnya jgn putus ekk
1 sudu teh garam
1 kg minyak untuk menggoreng
250 gm mentega tawar (unsalted butter)
6 pelepah daun kari (daun shj)
5 ulas bawang putih - cincang
6 biji cili api - cincang
8 biji kuning telur
250ml susu cair penuh krim
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu teh garam
1 sudu teh sos ikan
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu besar gula

Cara-cara:

Perap udang yang dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Toskan.
Pukul kuning telur dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang.
Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan.
Tumis bawang putih hingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar.
Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa.
Kacau hingga bersarang dan garing.
Tuang, tapis dan biarkan mentega sejat sebentar.
Alihkan ke pinggan dan hidangkan.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...