Isnin, 29 Jun 2009

Bubur Gunting Mak Saya

Bahan-Bahan:

400 gm tepung gandum - bancuh bersama air dan sedikit garam
1 biji kelapa - ambil santannya anggaran 2 1/2 mangkuk)
1 cawan gula pasir - mengikut kesesuaian rasa
2 keping gula kabung
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara-cara:

Uli tepung hingga menjadi satu doh (biar keras sedikit daripada bancuhan roti canai).
Ambil sedikit tepung dan canaikan setebal 5 mm.
Kemudian gunting serong (ikut suka anda).
Jerangkan air anggaran 1/2 periuk.
Apabila air telah mendidih, masukkan tepung yang telah digunting tadi.
Kacau supaya ia tidak melekat.
Apabila telah timbul, angkat dan toskan.
Kemudian letakkan ke dalam bekas berisi air sejuk supaya ia tidak melekat.
Buat begini hingga selesai.
Masak gula pasir, gula kabung dan 1/2 cawan air hingga mendidih.
Toskan tepung yang telah direbus tadi dan masukkan ke dalam adunan air gula tadi.
Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
Setelah itu, masukkan santan, sedikit garam dan daun pandan.
Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
Apabila telah mendidih, rasainya dan bolehlah diangkat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...