Bahan-Bahan:
2 biji Bawang Besar - potong dadu
1 mangkuk kecil Kacang Kuda - rendam seharian
1 mangkuk kecil Kacang Dal - rendam seharian
1 mangkuk kecil Kunyit
1 mangkuk kecil Lada hitam
Su'un
1 mangkuk kecil Tepung
1 mangkuk kecil Daging - dipotong dadu
1 mangkuk kecil Ayam - isinya dicincang
2 biji telur ayam
Bahan Kisar:
1 Ikat Daun Ketumbar
1 Ikat Daun Sup
5 Biji Tomato
1 tin kecil Tomato Puri - utk menambah Kepekatan
Cara-cara:
Tumis bawang besar, masukkan bahan kisar.
Setelah itu, masukkan kunyit.
Penggabungan warna hijau (daun-daun)dan kunyit menghasilkan warna seakan-akan coklat.
Kemudian, masukkan daging dan ayam.
Setelah naik minyak atau masaknya tomato, tambahkan air sebanyak mana kita hendak jamukan kepada tetamu.
Jangan risau, memang keadaaan cair pada awalnya.
Kemudian, masukkan 2 biji telur serta tepung.
Kalau hendakkan kepekatan, tambahkan lagi dua bahan ini.
Jangan lupa kacau sehingga betul-betul hancur, kerana ditakuti menjadi kerak yang keras dibawahnya.
Akhir sekali, masukkan kacang dal dan kacang kuda.
Biarkan sehingga betul-betul kacang tadi lembut.
Matikan api, dan hidangkan.
Cadangan Hidangan:
Resepi ini biasanya dipanaskan semula pada keesokan harinya kerana di Arab biasanya memasak dalam kuantiti yang amat banyak.
Sekali masak boleh dimakan untuk dua tiga hari, semakin pekat katanya.
Mereka selalu menggunakan hati ayam sebagai ganti daging kepada yang kurang berkemampuan
Tambahan:
Bubur Harira (bukan bubur harisa seperti yang Chef Wan cakap di TV, dr sumber maklumat kwn2) ini sering dijamu ketika berbuka puasa di Bulan Ramadhan di negara Morocco (Maghribi). Ianya memang satu santapan harian seiring dengan kurma dan masakan-masakan yang lain.
Walaubagaimanapun ada kekurangan yang terdapat di Malaysia.
Ada beberapa bahan yang saya sendiri tak tahu bahasa melayunya.
Tetapi, akhirnya terhasil juga bubur harira ini setelah digantikan dan diadaptasikan dengan bahan-bahan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan