Isnin, 29 Jun 2009

Nasi Ayam Chef Wandy

Bahan-Bahan:

Untuk nasi:


4 cawan beras - dibasuh dan ditos
5 cawan air rebusan ayam
3 ulas bawang merah - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
2 cm halia - diketuk
4 biji bunga cengkih
4 biji bunga lawang
3 cm kulit kayu manis
1 batang serai
1 sudu kecil buah pelaga
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk cili sos:

10 biji cili merah - dibuang biji
1 labu bawang putih
1 cm halia, serai
4 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk ayam:

1 ekor ayam - direbus
2 cm halia - diketuk
1 cawan sos tiram
1/2 cawan madu
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk sup:

Air rebusan ayam
2 kiub Maggi Ayam Knorr
1 batang lobak merah
4 biji ubi kentang
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng

Bahan-bahan untuk kicap sos:

1 cawan kicap pekat
1 cawan sos tiram
5 biji bawang putih (kisar)
Minyak bijan
air rebusan ayam
Tepung ubi

Cara memasak nasi:

Tumis semua bahan kecuali serai dan air rebusan ayam di dalam kuali.
Setelah terbit bau, masukkan air rebusan ayam dan serai ke dalam tumisan tersebut.
Tuang bahan-bahan tersebut ke dalam beras yang sudah dibasuh dan masak seperti biasa.

Cara memasak sos:

Kisar cili merah, bwg putih, halia dan serai sehingga halus.
Masukkan gula dan garam secukup rasa dan masak di atas api sederhana kira-kira 15 minit.

Cara memasak ayam:

Kukus ayam bersama halia kira-kira 20-30 minit
Setelah dikukus, lumurkan ayam dengan sos tiram dan madu. Perap kira-kira 15 minit.
Goreng ayam dengan minyak yang secukupnya.

Cara memasak sup:

Gunakan air rebusan dari ayam yang dikukus tadi.
Masukkan kesemua bahan dan didihkan sehingga ubi kentang dan lobak empuk dan masak.
Hias dengan daun sup dan bawang goreng di atasnya.

Cara memasak kicap sos

Panaskan mnyak.
Tumis bawang putih dan diikuti semua bahan2 lain.
Masak sehingga mendidih.

Cadangan Hidangan:

Untuk 6 orang. Boleh ditambah dengan sayur salad, tomato dan timun yang dihiris untuk menambahkan keenakan nasi ayam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...