Isnin, 29 Jun 2009

Bubur Asyura Kedah Mai

Bahan-Bahan:

1kg tepung beras
1kg gula pasir
1/2kg gula merah - masak dan ditapis
1/2kg kacang kuda - direbus
1kg kacang hijau - direbus
1/2kg kacang tanah - digoreng tanpa minyak
2kg ubi keledek - dipotong kecil dan direbus separuh masak
2kg pisang
200g sagu
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara-cara:

Bancuh tepung beras bersama 7 liter air,kacau di atas api.
Masukkan pati santan dan daun pandan.
Kacau lagi sehingga pekat.
Masukkan gula pasir,gula merah dan garam.
Masukkan kacang hijau,kacang kuda, jagung dan keledek.
Masukkan kesemua bahan yang lain dan kacau sehingga masak.
Bila sudah masak tuang ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Cadangan Hidangan: Jika suka boleh juga dimasak dengan memasukkan isi durian.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...