Bahan-Bahan:
Bahan base:
4 cawan biskut Marie plain - dikisar halus
1 cawan almond - dikisar
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan mentega - dicairkan
Bahan atas:
3 sudu teh tepung kastard
3 sudu teh air
455gm cream cheese
1 3/4 cawan gula kastor
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh jus lemon
2 cawan sour cream
6 biji telur - asing putih kuning
1 sudu teh lemon zest - amik sikit kulit lemon pakai garfu
Cara:
Cara membuat base
Gaulkan kesemua bahan dalam bekas yang sesuai dan kering
Sapukan sedikit mentega pada loyang (spring form pan) dan tekankan adunan ke dalamnya
Bakar pada 175 darjah selama 15 minit. Ketepikan
Cara membuat atasnya
Larutkan tepung kastard bersama air di dalam bekas yang sesuai
Pukul adunan tepung kastard bersama cream cheese dan gula sehingga cukup gebu
Tambah garam, esen vanilla, jus lemon. Gaul rata
Tambah sour cream, kuning telur, lemon zest. Gaul rata
Di dalam bekas yang berlainan, pukul putih telur hingga gebu.
Masukkan ke dalam adunan
Tuang adunan ke dalam loyang yang mengandungi base dan bakar pada 175 darjah selama 45-60 minit.
Tinggalkan loyang di dalam oven selama 1 jam selepas itu dengan pintu oven terbuka. Hias dengan hirisan lemon dan hidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan