Isnin, 29 Jun 2009

Bubur Jagung

Bahan-Bahan:

300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm biji jagung - direbus
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan

Cara-cara:

Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan.
Apabila sagu masak, masukkan pula gula pasir, jagung dan santan pekat ke dalamnya.
Biarkan ia mendidih selama 3 minit dan angkat, bolehlah dihidangkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...