Isnin, 29 Jun 2009

Otak-Otak


 Bahan-Bahan:

500 gm ikan kurau/tenggiri/kakap - dibuang tulangnya, dikikis isinya & diperasakan
250 gm udang hidup - dibuang kulit & uratnya, dicincang & diperasakan
Garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula
1 susu besar pati santan
2 camca ketumbar - direndam, digiling
185 gm kelapa parut yang telah dibuang kulit airnya - direndam & ditumbuk
2 sudu besar daun kesum yang telah dicincang
Daun pisang - dilayurkan untuk membungkus

Bahan kisar:
4 batang serai - dihiris nipis
10 biji buah keras
2.5cm kunyit hidup
12 tangkai lada merah
2 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah

Cara-cara:

Campurkan pati santan, ketumbar & bahan kisar dalam periuk.
Didihkan, kacau selalu hingga pekat.
Masukkan kelapa yang telah ditumbuk & digaulkan rata-rata.
Tutup apinya, letak ditepi.
Masakkann ikan, udang, gula & daum kesum.
Bahagikan campuran itu pada daun-daun pisang & bungkus.
Sematkan dengan lidi.
Panggang di atas api arang yang kecil selama 15 minit, dengan membalik-baliknya sekali-sekala.
Hidangkan.

Cadangan Hidangan: Untuk 4-6 orang saja




p/s: Otak-otak adalah kuih yang ditemui di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Ia adalah salah satu makanan berasaskan ikan tradisional Terengganu selain Satar.
Sejak Terengganu terkenal sebagai negara penangkapan ikan, makanan 
berasaskan 

ikan yang dihasilkan oleh rakyat Terengganu yang diperbuat daripada ikan segar untuk mempertahankan rasa asalnya.

Ianya dimakan begitu sahaja atau dengan roti atau nasi.
Otak-otak dibuat dengan mencampur pasta ikan (biasanya tenggiri) dengan campuran rempah-rempah termasuk cili, bawang putih, bawang merah, kunyit, limau dan santan.
Campuran ini kemudian dibungkus dengan daun pisang dengan dikukus, kemudian bakar atau steam.
Otak-otak juga biasa dibuat dengan udang, juga menghasilkan lebih banyak variasi bertekstur.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...