Bahan-Bahan:
2 cawan stok udang dan ayam
100gm udang kertas
2 batang serai
2 helai daun limau purut
3 sudu besar sos ikan
1 biji limau - ambil jusnya
5 tangkai cili padi
2 batang serai
2 biji bawang - hiris
3 keping cendawan tiram
1 sudu besar hirisan daun ketumbar
1 sudu besar hirisan daun bawang
2 sudu besar pes cili serbaguna (Namprik Phao)
Sedikit gula
Santan(mengikut kepekatan yang dikehendaki)
Cili kering - rebus, potong
1 cawan air
Cara:
Tuangkan stok serta air ke dalam periuk dan didihkan.
Masukkan daun limau purut, serai, cendawan, cili padi dan bawang.
Masukkan udang diikuti sos ikan dan kacau rata.
Masukkan pula pes cili dan gula, kacau lagi hingga pecah minyak.
Campurkan dengan santan kacau hingga sebati.
Sebelum dihidangkan tabur cili kering, daun ketumbar dan daun bawang. Hidangkan.
p/s: Tomyam Kung Nam Khon (Udang tom yam dengan santan)
masakan ini tidak perlu gunakan garam kerana rasa masinnya sudah digantikan dengan sos ikan.
Jika anda suka masin, tambah jela garamnye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan