Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - potong halus, gaul kunyit goreng separuh masak
1 labu bwg besar - hiris
Daun kari, cili kering
Rempah2 - bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis
Cili boh
sedikit Rempah kari ayam
Kicap pekat
Sos tiram
Bahan perasa
Bahan tumis:
1 labu bwg besar - kisar
1 labu bwg putih - kisar
Halia - kisar
Cara-cara:
Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masuk rempah, cili boh, rempah kari(biar pecah minyak)
Masuk sedikit air. Masak hingga kering.
Masukkan ayam yg telah di goreng, kicap, sos tiram, daun kari.
Masuk bahan perasa, biar hingga masak.
p/s: kalau suka boleh letak daun salad, tomato dan timun.
Hidangkan bersama nasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan