Bahan-Bahan:
1 kg lala segar
3 cm halia
3 sudu besar cili boh
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 biji bawang merah - tumbuk halus
1 biji bawang besar - tumbuk halus
2 cm asam keping
Sedikit minyak - untuk menumis
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan cili boh dan tumis lagi.
Masukkan lala, asam keping dan gaul sebentar supaya sebati dengan bahan tumis.
Masukkan sedikit air supaya lala masak.
Akhir sekali masukkan garam, gula dan bawang besar yang dipotong ring.
Apabila lala mula terbuka ia menandakannya sudah masak.
p/s: Taburkan spring onion jika suka.
Sekiranya suka boleh tambah lagi halia dan cili boh.
Cili boh juga boleh ditukar dengan cili padi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan