Isnin, 29 Jun 2009

Barbeku Sotong

Bahan-Bahan:

80 gm sotong torak/jejarum/lain2
4 gm rempah paprika
2 gm serbuk cili
2 gm aromat
2 gm garam
2 gm lada sulah
2 gm jus limau nipis
2 gm sos tiram

Bahan dikisar:
4 gm kunyit hidup
4 gm bawang putih
4 gm bawang merah



Cara-cara:

Tarik kepala sotong dan bersihkan bahagian dalamnya.
Tos air sotong. Perap sotong bersama bahan-bahan lain selama sepuluh minit.
Kalau lg lama perap lg lazat rasanya..
Panggang hingga masak, potong stick lintang tapi jangan putus.

Sebelum hidang, wat dressing dulu la kalo nk cantik (letak daun kunyit atas pinggan melamin etc, letak sotong, pepermint/spearmint, madu, cili padi n hiris/parut lemon dan hidangkan dengan sos(tengok pada link sambal dan sos)


p/s: Untuk melazatkan barbeku, gaulkan bahan utama dengan garam, rempah ratus dan perap semalaman, masukan sedikit air limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir. Jika menggunakan daging, bungkus daging tersebut dengan daun betik untuk melembutkannya. Bungkus dan sejukan selama 48 jam.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...