Isnin, 29 Jun 2009

Sizzling Prawn

Bahan-bahan:

300g udang harimau - dibelah belakang
1cm halia - hiris
50g bawang merah - hiris
1 sudu teh sos tiram
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu teh kicap pekat
4 sudu besar air
1sudu teh air asam
Garam/gula secukupnya
Beberapa bawang hijau untuk garnishing


Kisar:
4 biji cili merah - buang biji
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah



Cara-cara:


Panaskan pinggan tahan panas
Dalam periuk lain, tumis halia dan hirisan bawang
Tambah bahan kisar dan masak selama 30 ~ 60 saat (perhatikan suhunya)
Tambah udang, sos tiram, sos cili, kicap, gaul agar sebati.
Tambah air, sedikit demi sedikit dan kacau kacau rata.
Masukkan sedikit gula, air jeruk nipis dan garam secukupnya.
Keluarkan dan hidang di pinggan yang telah dipanaskan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...