Jumaat, 12 November 2010

Mee Udang My Style

Bahan-bahan:

2 peket mee kuning - celur
1/2 ekor ayam
1/2 kg Lempung/daging - rebus,potong jejari/nipis
1/2 kg Udang - asingkan kulit dan kepala
5 biji tauhu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula pasir
10 batang kacang buncis - potong serong
5 biji telur - rebus, belah 2
5 batang sawi - celur
1/2 kg taugeh - celur
1 ikat daun bawang/sup
bawang goreng
Limau kasturi

Bahan Kisar:

Sedikit belacan
2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
8 - 10 tangkai cili kering

Cara-cara:

Sup buncis:
Panaskan minyak dan masukkan bawang merah sehingga kuning 
Masukkan air (1 liter) dibiarkan sehingga mendidih, masukkan kacang buncis, garam dan dibiarkan masak.

Kuah udang:
Rebus ayam dengan 10 cawan air hingga masak.
Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
Kulit & kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised.
Masukkan dalam air rebusan ayam & rebus utk 15 min atau lebih.
Keluarkan kulit & kepala udang (dibuang terus) dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus.
Kulit udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
Guna minyak yg goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan2 yang dikisar.
Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
Masukkan udang, lempung/daging. Imbang rasa kuah dengan garam & gula/perasa.
Jika nak sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung/ubi. Tambah air jika perlu.

Cadangan Hidangan min 10orang.
Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh, tauhu goreng, telur rebus, daun sup & daun bawang & bawang goreng. Perahkan limau.
Hidang bersama sup buncis.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...