Jumaat, 12 November 2010

Muffin Chocochip


Bahan-bahan ( 10 biji )


200g coklat bar (coklat masakan)

70g mentega

2 biji telur (suhu bilik)

50g gula halus

60g tepung gandum

1 sudu teh baking powder

Coklat chips

Cara-cara:


Cairkan coklat (double boiler)

Masukkan mentega.

Kacau sehingga mentega cair. 

Sementara itu, panaskan oven sehingga suhu 170C.

Masukkan telur dan gula dalam mangkuk, kacau sampai sebati.

Tak perlu penaik(kembang).

Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.

Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.

Isikan adunan ke dalam cup sehingga 1/2 penuh.

Bakar selama 20-25 minit.


ps: Selepas masak, mungkin muffin ni lembik sikit(sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri.

Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


*Setengah org buat muffin tak naik.... salah satu sebabnya suhu oven tak stabil...maksudnya.. 
*oven belum panas sebetulnya. panaskan oven dalam 15 minit
* pastikan anda tak buka oven kerap kali ketika muffin ada dalam oven.
biarkan saja ..muffin tu
*tiba masa baru lah buka oven dan jgn tergesa2 nak buka oven tu biar kan seketika lepas bunyi
*kalau nak tau, muffin nie yang paling jimat nak buat dan tak leceh. *penggunaan butter atau majerin tidak ada kaitan kenapa muffin bantut
*lagi satu, nak mudahkan anda kalau tak nak guna baking powder ...silalah gunakan tepung naik sendiri jenama blue key tu. tak yah risau2 lagi muffin tu pahit ..ok..

    Tiada ulasan:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...