Jumaat, 12 November 2010

Mee Kuning



Bahan-bahan:


500gm tepung gandum
1 biji telur
220ml air
Sedikit kunyit serbuk


Cara-cara:


Masukkan tepung gandum kedalam pasta mixer.
Masukkan adunan cecair (1 biji telur + serbuk kunyit + air). 
'On'  kan pasta maker untuk mod menguli (mix)
Perlahan-lahan masukkan air bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit sampai habis.
Bila nampak adunan seperti serbuk roti..(adunan jangan biar lama digaul sebab kita tak nak jadi macam ketulan adunan doh).
Proses gaulan ini cuma ambil masa lebih kurang 5-7 min sahaja.
Hentikan pasta maker ini sekejap.
Tukar ke mod untuk keluarkan adunan melalui acuan mee.
Tunggu hingga selesai...atau kalau nak buat kerja lain pun boleh ditinggalkan.
Rebus mee kuning dalam air mendidih selama 2-3 minit (jangan rebus lama nanti mee akan kembang)
Tapiskan mee kuning dan cuci dengan air paip.
Gaul mee dengan sedikit minyak untuk mengelakkan mee melekat.


p/s: Siap! dalam masa lebih kurang 15min sahaja.
Mee ni tidak bergaram. Jadi pandai-pandai lah adjust garam masa memasak nanti.
Lepas ni boleh buat pelbagai hidangan mee yang sihat dan sungguh enak kerana tiada sebarang asid borik/air abu/air kapur yang dimasukkan.
Ianya boleh tahan hingga 3-4 hari dan perlu disimpan di dalam peti sejuk.


Note : 500gm tepung gandum boleh menghasilkan 1kg mee.
Dengan bantuan mesin pasta, proses membuat mee hanya ambil masa lebih kurang 15min.
Ianya juga boleh diguna untuk membuat laksa, maruku etc.


Tips 1: Untuk hasilkan mee "hijau" dan lebih berkhasiat, gantikan air dengan air perahan(blender) daun bayam dan abaikan pewarna kuning
Tips 2 : Untuk hasilkan mee "merah" dan lebih berkhasiat, gantikan air dengan perahan carrot dan abaikan pewarna kuning.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...