Jumaat, 12 November 2010

Bahulu Cermai

Bahan-bahan:


10 biji telur gred A
380gm gula pasir
1 sudu teh esen ros
200gm tepung gandum + 1/4 sudu teh baking powder - ayak
Buah-buahan kering/kismis


Cara-cara:


Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.

Kacau adunan dengan spatula, masukkan esen rose
Masukkan tepung gandum, buah kering pukul lagi sehingga sebati.
Sapu acuan dengan minyak masak.
Masak pada suhu 220C sehingga kekuningan dan masak.
Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.


Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejap je dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.


Cadangan Hidangan:  Dalam 80 biji
Untuk perasa pandan masukkan 1/2 sudu teh esen pandan
Untuk perasa strawberi masukkan 1/2 sudu teh esen stawberi(perah dr buahnya) + cincangan strawberi utk melazatkan rasa.
Untuk perasa mocha masukkan 1/2 sudu teh esen mocha(kopi/coklat/susu fc/lf) + cincangan coklat bar utk kemewahan rasa mocha.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...