Bahan-Bahan:
350 gram ikan kakap - haluskan ( blh juga guna ikan lain)
150 gram udang - cincang kasar
2 sudu makan tepung sagu
1 biji telur
1 cili merah besar - potong dadu kecil
1 lonjor kacang panjang -hiris halus
1 sudu makan daun ketumbar - cincang
tepung serbaguna
Bahan dihaluskan:
3 butir bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada serbuk
1 sudu teh gula pasir
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos:
100 ml air limau nipis
4 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
8 biji bawang merah - cincang
10 cili padi merah - hiris
1 sudu besar sos ikan
Cara-cara:
Membuat Celupan:
Campur 2 sudu makan tepung serbaguna rasa pedas dengan 50 ml air, adun rata.
Membuat adunan:
Campur ikan kakap yang telah dihaluskan dengan udang, tepung sagu, telur dan bumbu halus, aduk rata.
Tambah cili merah, kacang panjang dan daun ketumbar, adun rata.
Membuat Sos:
Campur air limau nipis dengan gula pasir, garam, gaul rata hingga gula larut.
Tambah bawang merah, cili padi dan sos ikan, adun rata.
Membuat Begedil:
Ambil satu sudu besar adunan.
Bulatkan dan kemudian bentukkan.
Celupkan begedil dan lumuri dengan sisa tepung kemudian sisihkan.
Panaskan minyak goreng kemudian goreng begedil hingga masak kecoklatan, angkat.
Sajikan begedil semasa panas dengan sosnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan