Jumaat, 12 November 2010
Kuih Peneram (Telinga Keling)
Bahan-bahan ( 100 biji atau lebih )
250 g tepung beras Cap Bunga
250 g tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 1/2 cawan gula apong (gula melaka)
Santan 100 gram ( pati )
Minyak yang banyak utk menggoreng
Sedikit garam
Cara-cara:
Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama.
Masukkan gula pasir dan gaulkan.
Larutkan gula apong, garam dan santan dengan air.
Masukkan ke dalam adunan tepung, adunkan.
Biarkan 30 minit/hingga membuak.
Panaskan minyak dengan api yang kecil.
Canai adunan tepung dan terapkan bentuk kuih peneram/buat dengan tangan.
Goreng hingga timbul dan sentiasa balik-balikkan utk masak sekata.
p/s: kalau masa nak menerap tu adunan melekat, taburkan sedikit tepung gandum pada tempat mencanai, acuan dan tangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan