Sabtu, 13 November 2010

Karipap Putar/Pusing

Bahan-bahan:


Inti:


500 gram daging cincang
1 kg keledek/kentang - di potong dadu
2 bungkus kecil serbuk kari daging
1 tangkai daun kari
1 kuib ayam (Maggi/Knorr)
2 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar - dadu
Air secukupnya
Minyak utk menumis dan menggoreng
Garam dan perasa secukupnya
500 gram daging cincang




Doh berminyak:
150 gm (majerin + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur)
300 gm tepung gandum

Doh biasa:
700 gm tepung gandum
satu sudu teh garam
air (anggaran dlm 2 cawan)



Cara-cara:


Inti:



Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan daun kari dan bawang besar, kacau seketika.
Bancuh serbuk kari dengan sedikit air.
Masukkan bancuhan ini ke dalam bahan yang ditumis.
Kacaukan hingga serbuk kari masak dan pecah minyak.
Masukkan keledek dan daging cincang dan kacaukan.
Tambahkan air sehingga tenggelam keledek dan daging.
Tambahkan garam, perasa dan kiub ayam.
Masak hingga kering dan ubi empuk.
Angkat dan lecekkan sedikit.



Doh:

Uli doh beminyak *majerine dgn tepung* hingga jadi doh licin dan tidak melekat.
Uli doh sampai berminyak.
Jadikan kepada 8 doh.
Campurkan doh biasa *tepung gandum + air + air garam*.
Uli hingga licin juga dan bhgkan kpd 8 doh.
Ambil doh biasa canaikan sedikit (jgn besar sgt) dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai.
Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
Setelah itu, anda akan dapat 2 doh gulungan tikar.
Ambil satu doh gulung tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. (biarkan btknya lonjong) kemudian gulung semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn.
Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap.
Pastikan inti benar-benar sejuk.

Kelimkan menbentuk karipap.


Panaskan minyak yang banyak.
Goreng karipap hingga masak.Sedia utk dihidang.
Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu.

Cadangan Hidangan:


Menghasilkan lbh kurang 60 biji

Dalam initi boleh juga diletak telur rebus(potong 4-8bhgian)

Karipap yg belum digoreng boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...