Isnin, 15 November 2010

Agar-agar Kering

Bahan-bahan:


50g agar-agar 
400 gram gula batu
1 cawan gula serbuk
2 helai daun pandan
8 cawan air
air mawar/esen rose
pewarna (ikut suka)


Cara-cara:


Rendam agar-agar dalam air selama beberapa minit, toss hingga kering.
Rebus agar-agar dalam periuk bersama air, gula pasir, gula batu dan daun pandan.
Renjiskan sedikit air mawar.
Agar-agar di bahagikan dalam bekas berlainan dan titiskan pewarna (1 bekas, 1 warna).
Biarkan sejuk pada suhu bilik sampailah ianya mengeras.
Gunakan pisau zig zag/biasa/mengikut acuan tersendiri dan potong agar-agar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...