Isnin, 15 November 2010

Cendol


Bahan-bahan:


1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh kapur + air = air kapur (pekat)
10-12 helai daun pandan - kisar halus dgn 2cwn air, tapis.
3 cawan air
sedikit ais
secubit garam


Cara-cara:


Satukan kesemua tepung, air kapur, garam, 1 cawan air ke dalam mangkuk dan tuangkan jus air pandan sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati dan tidak berketul.
Tapiskan adunan ke dalam periuk tahan panas
Masak dengan api sederhana panas sehingga berkilat dan tidak melekat di periuk(kacau selalu supaya ianya sekata)
Setelah siap padamkan api.
Sediakan mangkuk besar berisi dengan ais dan air sejuk
Masukkan adunan ke dalam acuan muruku dan tekan terus ke dalam air tadi
sehingga habis.
Biarkan ianya menjadi betul-betul keras di dalam air tersebut.


p/s: Jika hendak disimpan di dalam peti ais, pastikan ianya di simpan bersama air.
Jangan membiarkan adunan menjadi sejuk sendiri (perlu dibuat cepat)kerana jika ditekankan ke dalam acuan adunan ia akan menjadi lembik dan terburai di dalam air dan tidak menjadi keras.


Cadangan Hidangan: 


Boleh dibuat air cendol (ais, santan, kacang panggan, gula melaka-manisan)
Boleh juga dibuat cendol pulut tapai (ais kepal/kisar, santan, tapai pulut, dan gula melaka-manisan)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...