Isnin, 15 November 2010

Roti Arab

Bahan-bahan:

500 gm tepung hi-protein
1 paket yis mauripan - gaul rata 
50 gm gula kastor/halus
Secubit garam 
250 ml air suam 
6 sudu besar shortening/lemak sayur..(warna putih) 


Cara-cara:
 

Masukkan bahan semua kedalam adunan tepung dan uli rata selama 30 minit. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab. 
Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 atau 45 minit) 
Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar. 
Bahagikan supaya menjadi ketulan kecil. 
Leperkan dan biarkan adunan naik semula (anggaran 15 minit)
Masukkan adunan yg telah naik dalam kuali tak lekat [non-stick pan]...jangan gunakan minyak. 
Panaskan dengan api yg paling kecil. Tutupkan kuali. 
Masakkan dua-dua belah adunan sehingga agak kekuningan/garing. 
Angkat dan hidangkan dengan ayam cincang, kari atau rendang ayam/daging.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...