Isnin, 15 November 2010

Teh Tarik Kaw

Bahan-bahan:


2 sudu besar serbuk teh wangi - sukatan mengikut kepekatan teh
2 sudu besar susu pekat
1 cawan susu segar/susu lembu
air panas mendidih
garam


Cara-cara:


Rendamkan sudu di dalam air panas bercampur dengan sedikit garam
Masukkan serbuk teh di dalam bekas tapis teh yang panjang(seperti kedai mamak tu...) dan rendamkan dengan air panas mendidih dalam lebih kurang 5 min untuk mendapakan kepekatan teh.
Sementara itu di dalam bekas air tuangkan sedikit susu segar dan campurkan dengan susu pekat(kebiasannya memang manis-bergantung pada anda)
Kacaukan supaya susu larut bersama2 dengan air
Setelah itu campurkan rendaman teh tadi ke dalam bekas air yang bercampur dengan susu dan kacaukan dengan menggunakan sudu yang telah direndamkan tadi
Tuangkan ke dalam cawan sambil ditarik untuk mendapatkan buih.


p/s: (Biasanya di India, teh tarik dibuat dengan memasakkan airteh di atas dapur dengan dicampurkan dengan susu lembu dan biarkan ianya mengelegak dan tapiskan tehnya.
Tarik berulang kali utk mendapatkan buih (lebih kurang 3 kali)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...