Isnin, 15 November 2010

Marshmallows

Bahan-bahan:


1 cawan gula aising
2 sudu besar + 1 1/2 sudu teh gelatin
1 cawan air sejuk - dibahagi dua
2 cawan gula pasir
1/2 cawan sirap jagung(boleh juga guna golden syrup)
1/4 sudu teh garam
2 biji telur putih
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara:


Gris loyang 4 segi bersaiz 13x9x4 dan taburkan sedikit icing sugar. ketepikan.
Satukan gelatin dan 1/2 cawan air sejuk ke dalam mangkuk, kacau dan biarkan sehingga beku.
Panaskan gula, sirup jagung, 1/2 cawan air sejuk dan garam dengan api yang sederhana panas
kacau sehingga gula larut.
Kuatkan api dan biarkan sehingga mendidih(xperlu dikacau)
Angkat dan masukkan ke dalam campuran gelatin tadi, kacau sehingga sebati
Pukul adunan sehingga gebu, pekat dan adunan naik 3 kali ganda selama lebih kurang 10 min, ketepikan
Dalam mangkuk yang lain pukul putih telur dengan esen vanila sehingga berbuih
Tuangkan ke dalam campuran gelatin yang telah dipukul tadi, pukul lagi hingga sebati
Setelah itu tuangkan ke dalam loyang yang telah disediakan dan taburkan sedikit gula aising.
Biarkan semalaman atau sekurang2nya 3 jam(xperlu ditutup)
Keluarkan dari loyang dan potong marshmallow tadi selebar 1 inci(ikut suka)
Golekkan marshmallow ke atas gula aising dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara atau hidangkan dengan susu coklat panas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...