Ahad, 14 November 2010

Halwa maskad


Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum - bancuh dengan 5 cawan air, tapis dgn kain jarang, keringkan.
12 auns gula batu
12 auns gula putih
1 helai daun pandan
1 biji kuning telur
1 botol minyak
6 biji buah pelaga
1 cawan minyak sapi
1 sudu tepung kastard
1-2 sudu pewarna kuning
4 titik pewarna merah

Cara-cara:

Keringkan tepung selama 3 jam buang air yang jernih (ambil tepung yang mendap) masak gula dan daun pandan dengan 4 cawan air.
Masukkan kuning telur dlm air yang mendidih dan tapis.
Masukkan pewarna,campurkan air gula dengan tepung yang mendap itu dan kacau di atas api perlahan hingga kental. 
Masukkan 1 cawan minyak sapi dan buah pelaga kacau hingga sebati, masukkan minyak yang selebihnya. Sudukan minyak ke dalam mangkuk, kacau hingga halus, kental dan berminyak.

Cadangan Hidangan:

Topping : Bijan, Kacang Gajus, Pistachio (Kacang Cerdik), Almond (Badam), Kacang Tanah, Kismis, Habatus Sauda, Kurma, Appricot, Madu, Chocolate dll...

p/s: Halwa Maskad merupakan hidangan unik pada hari raya dan pada majlis-majlis istimewa serta sukar didapati.
Penyediaannya amat rumit dan hanya pakar sahaja tahu menyediakannya.
Secara tradisi, penyediaannya memakan masa selama tiga hari dan harus dikacau tanpa henti pada api kecil sehingga lima jam.
Kuih Raya yang pasti digemari ramai terutama ibu-bapa dan kanak-kanak kerana rasanya manis serta lemak berkrim dan berbentuk jelly lutsinar berwarna keemasan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...