Ahad, 14 November 2010

Bubur Lambuk My Style

packaging utk dibahagikan kepada umat islam pd bulan puasa


Bahan-bahan:


5kg beras

3kg santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
5kg daging
3kg tulang
1kg udang kering

5 kg ikan selayang/selar(rebus,ambil isi) + 
2 sudu teh lada hitam - kisar halus
200g lengkuas
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan kasar
500g bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1kg halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
15 batang serai - dititik
3 paket kerisik
4cm kulit kayu manis, 3g bunga lawang, 2g bunga cengkih, 2g buah pelaga
daun pandan
minyak sapi
minyak kelapa
garam secukup rasa
air secukupnya
Daun Pucuk Kaduk
Daun Pucuk Betik
Daun Pucuk Melinjai
Daun Pucuk Paku

Daun pucuk kemidi
Daun kemangi
Budu



Hiasan:

2kg  bawang merah - buat bawang goreng
30 tangkai daun sup - mayang
30 tangkai daun bawang - mayang
20 biji telur masin
kacang tanah - goreng/tumbuk


Cara-cara:


Panaskan minyak sapi dan minyak kelapa..
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau (xperlu goreng sampai kuning)
Masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
Masukkan daging dan tulang.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
kemudian boleh la letak pati santan dan kerisik..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya.
Masukkan semua daun2 dan budu. masak hingga bubur pekat.
bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


p/s: Bubur Lambuk adalah jenis bubur beras Melayu yang dimasak dan dibahagikan secara percuma kepada masyarakat pada setiap bulan puasa Ramadan di banyak tempat.
Beberapa lambuk bubur di negara-negara lain mempunyai gaya yang berbeza dari persiapan.


Cadangan Hidangan: 150 orang keatas
Sayur sendiri punya suka ye, saya kalau masak bubur ni suka campur sayur2 sendiri...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...