Ahad, 14 November 2010

Laksa Beras



Bahan-bahan:


5 cawan tepung beras

5 cawan tepung gandum

3 sudu tepung ubi

Sedikit air panas

Sedikit air sejuk


Cara-cara:


Tuangkan air panas ke dalam semua tepung, gaul sebati

Kemudian campurkan air sejuk.

Tekan adunan dlm periuk di atas api yg berisi air mendidih.

Biarkan hingga ianya terapung (maknanya dah masak le tu).

Toskan, rendam dalam air sejuk dan toskan.


Cadangan Hidangan: 5 orang

p/s: Tepung ubi terpulang banyak mana nak.
Kalau nak liat sedikit laksa tu masukkan lebih. nanti laksa akan jadi lebih kenyal.
Kalau nak rasa laksa gandum...tukarkan tepung beras kepada tepung gandum. Caranya sama sahaja, tidak perlu masukkan tepung ubi...laksa gandum buat kuah lemak terengganu sedap atau buat laksa kuala kangsar...
Tapi kalau ada anak kecil dan orang tua, eloklah kurangkan...

Bagi ibu mengandung dan menyusukan anak, guna 100% tepung beras ye..
Tak yah campur tepung lain.. coz kalau laksa yg ada tepung ubi tu nanti angin/kembung dalam badan ibu dan baby k..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...