Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembung hitam + 3 keping asam + garam - rebus
1 kg pucuk paku - potong, rebus bersama garam hingga lembut
1/2 kilo taugeh - celur
1 ulas bawang putih - hiris halus
3 biji bawang merah kecil - hiris halus
1 biji kelapa - parut, jadikan kerisik
3 tangkai cili padi (nak pedas, blh tambah lg yo..)
2 biji limau nipis
garam/gula secukup rasa
Cara-cara:
Tumbuk isi ikan kembung hingga hancur tanpa menggunakan air.
Masukkan ke dalam satu bekas yang besar untuk persediaan di gaul dengan bahan lain.
Kerisik td ditumbuk sedikit hancur, campurkan dengan isi ikan yang telah ditumbuk tadi.
Gaul rata pucuk paku, taugeh, bawang merah dan putih serta cili padi.
Perahkan asam limau sambil gaulkan bahan-bahan di atas hingga rasa masam sebati.
Simpan dalam peti sejuk untuk 1 jam sebelum di hidang ( bagi memudahkan aroma rasa kerabu lebih sebati)
Cadangan Hidangan: 6 orang @ 1 family
Ini adalah salad Melayu tradisional, dihidangkan dengan sayur-sayuran, air jeruk nipis, hirisan bawang dan kelapa parut.
Ia cuma perlu digaul rata sebelum dihidang dan sedap di makan dengan nasi putih
Ia perlu di makan untuk sekali hidangan sahaja (jika hidangan dijamah dgn tangan-mudah basi krn ada kelapa).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan