Ahad, 14 November 2010

Ayam Percik Kelantan

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong 4

Kisar (utk perapan)
2 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1 cm halia
1 batang serai
1 camca teh ketumbar
1/2 camca teh jintan putih
garam/gula

Kuah/sos:
1 1/2 cawan santan pekat
1 labu bawang besar - kisar
1 cm halia - kisar
cili kering + madu/gula merah/gula biasa - kisar
1/2 cawan beras - tumbuk
sedikit air asam jawa@asam keping
garam secukupnya
serai (utk titik)

Cara-cara:

Perap ayam dengan bahan kisar semalaman@ min 2 jam.
Selepas itu panaskan periuk dan masukkan beras yg ditumbuk (grg kekuningan), masukkan bahan kuah yang lainnya.
Masak sehingga pecah minyak/berkilat.
Kemudian bakar ayam yang telah di perap tadi ke atas dapur arang.
Jika ayam tadi kelihatan hampir masak renjiskan bahan kuah yang telah di masak tadi dengan serai.
Selepas kering sedikit renjiskan bahan tadi sekali lagi.
Lepas tu angkat dan lebihan kuah percik tadi di lumurkan pada ayam yang telah masak.

p/s :Kilatan adalah disebabkan oleh madu/gula.
Masakan kelantan memang manis2 semua.
Kepekatan kuah adalah bergantung byk mana beras(tumbuk) yg digunakan.
Jika xsuka, kurangkan gulanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...