Ahad, 14 November 2010

Sagu Bronok

Bahan-bahan:


1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose


Cara-cara:


Panaskan air bersama pewarna merah sehingga mendidih.
Masukan sagu, kemudian kacau rata.
Masukan gula, gaul rata.
Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang (22cm).
Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa.


Cadangan Hidangan: 4-5 orang


p/s: Bronok adalah manisan yg diperbuat drpd biji sagu, gula dan ianya berwarna merah. Disaluti dengan kelapa parut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...