Khamis, 18 November 2010

Sambal Hitam Bilis


Bahan-Bahan:

5 biji belimbing buluh hitam - rebus hingga hitam keperangan
3 ulas bawang merah (kecil)
5 ulas bawang putih
10 biji cili padi
segenggam ikan bilis
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula ikut suka 


Cara-cara:

Tumbuk cili di ikuti bawang, pastu masukan ikan bilis dan akhir sekali tumbuk belimbing hitam (jangan terlalu hancur)
Tumis bahan tersebut sampai masak (tapi jangan terlalu garing) Kalau nak lagi sedap, tambahkan bawang besar yang dipotong bulat.

Cadangan Hidangan:

Boleh dimakan bersama nasi putih, nasi lemak atau sebagai perencah untuk nasi goreng

Sambal hitam bilis ini sangat terkenal di Pahang khasnya di Kuala Lipis.. Kini telah merebak mungkin disekitar negeri2 lainnya.
Sambal ini dibuat dari belimbing buluh yang telah direbus hingga hitam selama 8-9jam (melalui proses tertentu-xramai yang tahu penyediaan masak belimbing hitam ni) di tumbuk dicampurkan bersama lada kecik, bawang kecik atau besar serta ikan bilis dan sedikit garam.
Ditumis ke dapur sehingga naik bau kira masak laa tu....
Secara tradisional, sambal ini dimasak menggunakan periuk tanah  dan dapur arang kayu bakau
Penyediaan sambal hitam @ sambal belimbing rebus ini memerlukan kesabaran yang tinggi (secara tradisional ia memakan masa 3hari mungkin rumit bagi sesetengah orang yang belum tahu tentang proses pembuatannya tapi ianya begitu enak, lebih sedap jika di makan bersama ulam-ulaman berasaskan sayuran salad, pegaga dan lain-lain.
Sambal ini bertahan 7 hari(jika diluar), 3tahun(dalam peti ais), 1hari(jika di bawah saji-habis dimakan :p)
Sambal ini saya buat tanpa menggunakan bahan perasa(ajinomoto)
Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...