Bahan-bahan:
2 dada ayam tanpa kulit
2 helai hirisan roast beef (daging lembu panggang)
2 sudu teh mustard
garam & lada secukupnya
Kulit:
tepung gandum (plain flour)
tepung roti (bread crumbs)
1 biji telur- pukul
Cara-cara:
Belah dada ayam secara melintang (melebar), tapi jangan sampai terpotong. Buka di tengah, lumuri dengan mustard, garam & lada.
Letakkan roast beef di tengah2 dada ayam, tutup kembali.
Bila perlu, tusuk dengan pencungkil gigi agar tidak terbuka.
Simpan dalam peti ais selama 30 minit.
Lumur dada ayam dengan tepung gandum, lalu celupkan dalam telur.
Setelah itu lumur dengan tepung roti hingga seluruh permukaan dada ayam terlapis.
Goreng dengan api kecil dulu.
Setelah 3/4 masak, besarkan api.
Jangan lupa buang pencungkil gigi selepas menggoreng, sebelum menghidangkan.
Sajikan dengan cream corn, salad, sos tomato.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan