Khamis, 18 November 2010

Nasi Tim Ayam(Indonesian Cuisine)

Bahan-bahan


Nasi:
400 gram beras
1 ekor ayam - potong 2, rebus( ambil 100ml stok utk nasi, 500ml stok utk kuahnya)
150 gram cendawan merang - bersihkan, belah 2
1 1/2 liter air
6 biji bawang putih - cincang
3 sudu besar kicap masin
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh lada serbuk
1 sudu teh garam


Kuah ayam:
150 gm sawi pak choy
1/2 sudu teh lada serbuk
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh garam


Sambal cuka:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh cuka
1/2 sudu teh gula pasir
25 ml air


Cara-cara:


Nasi:
Isi ayam dipotong dadu.
Tumis 3 ulas bawang putih sampai harum, masukkan potongan daging ayam, cendawan, 1/2 sudu teh serbuk lada, kicap masin, dan minyak bijan, kacau rata.
Tambah 100ml stok ayam, gaul rata. Biar hingga masak
Tumis 3 ulas bawang putih, lalu masukkan beras yang telah dicuci bersih, 1/2 sudu teh serbuk lada, dan garam, gaul rata, angkat, lalu bagi menjadi 6 bahagian.
Bagi tumisan isi ayam menjadi 6 bahagian, lalu masing-masing diletakkan pada dasar mangkuk, tambahkan di atasnya 1 bahagian adunan beras.
Tuang 100 ml kaldu ayam pada setiap mangkuk, lalu kukus hingga masak.


Kuah:
Didihkan stok ayam, masukkan serbuk lada, garam, dan garam, gaul rata, lalu masukkan sawi pak coy, segera angkat setelah mendidih.


Sambal cuka:
Potong kasar cili merah, rebus sebentar, angkat, toskan.
Hiriskan bawang putih dan cili merah, lalu tambahkan garam, cuka, gula, dan air, gaul rata.


Cadangan Hidangan: 6 Orang

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...